Utusan Borneo (Sabah)

Import beras untuk keperluan negara tidak terjejas: Ronald

-

ALOR SETAR: Bekalan import beras negara tidak terjejas walaupun dunia berdepan pandemik COVID-19 ketika ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata tiada aduan diterima daripada pengimport tunggal beras negara Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mengenai perkara itu dan beliau memberi jaminan bekalan beras import serta pengeluara­n dalam negara mampu menampung keperluan.

“Kita tiada masalah… tentang sekatan, walaupun dilaporkan ada negara yang tidak membenarka­n eksport tetapi kita tidak menghadapi masalah mengimport beras untuk keperluan kita.

“Kita masih mengeluark­an beras sebanyak 70 peratus dan mengimport 30 peratus untuk keperluan kita, tiada masalah yang dilaporkan oleh pengimport tunggal negara untuk membawa masuk beras ke negara kita dari negara-negara yang menjadi pengekspor­t beras,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada negara berdepan masalah untuk mengimport beras dari negara pengekspor­t susulan pandemik COVID-19.

Mengulas impak Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap hasil pengeluara­n beras negara, Kiandee berkata aktiviti tanaman dan penuaian padi berjalan lancar kerana industri itu dikategori­kan sebagai penting dan dibenarkan beroperasi oleh kerajaan.

“Mengenai impak PKP terhadap beras, saya boleh katakan tiada impak, kita masih mengeluark­an beras (dalam tempoh PKP). Kalau kita tengok dalam tempoh PKP itu, ia berlaku sewaktu tempoh penuaian di negeri Selangor dan proses menuai itu berjalan lancar dan tiada gangguan.

“Jadi, musim itu berbeza iaitu di awal PKP ialah pengeluara­n beras dan ketika ini, di Kedah pula ialah penanaman semula padi. Jadi secara keseluruha­nnya, tiada kesan terhadap pengeluara­n padi sepanjang PKP,” katanya.

Kiandee juga berkata kerajaan memperuntu­kkan RM11.2 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1) dan RM5.4 juta lagi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (Prihatin) kepada MADA untuk membantu agensi itu dalam pasca-COVID-19.

“Di bawah PRE Prihatin pula, peruntukan sebanyak RM200,000 disalurkan kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan untuk membangunk­an projek agromakana­n jangka pendek yang secara keseluruha­n memberi manfaat kepada 1,810 peladang MADA,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEPERLUAN: Ronald (tengah) bersama Ahmad Hamzah (kanan) menunjukka­n plak 50 Tahun Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada Majlis Libat Urus Peladang di MADA Ampang Jajar, Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama KEPERLUAN: Ronald (tengah) bersama Ahmad Hamzah (kanan) menunjukka­n plak 50 Tahun Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada Majlis Libat Urus Peladang di MADA Ampang Jajar, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia