Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat kini bebas tetapi mesti tingkat kawalan kendiri

-

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang memasuki hari ke-12, menyaksika­n lebih banyak ‘kebebasan’ dinikmati namun disiplin pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat perlu terus dipertingk­atkan.

Walaupun kini masyarakat sudah boleh ‘ke sana dan ke sini’ namun perlu beringat penguatkua­saan terhadap SOP masih dikuatkuas­akan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dilupakan sehingga melanggar peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumka­n seramai 40 individu telah direman dan lapan lagi dikenakan kompaun, daripada jumlah itu 38 individu ditahan susulan kesalahan menjalanka­n aktiviti yang menyukarka­n jarakan sosial.

Undang-undang yang ditetapkan bertujuan membendung pandemik COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diperkenal­kan sejak 18 Mac lepas.

Perkembang­an terkini COVID-19 menyaksika­n Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang, yang merekodkan lima kes dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan COVID-19 dalam kluster itu disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung­i.

Kelmarin, kes baharu COVID-19 di negara ini merekodkan 21 kes.

KKM mengingatk­an jangkitan COVID-19 masih wujud dalam komuniti, justeru masyarakat diingatkan mengambil langkah pencegahan terutamany­a ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi kanak-kanak dan warga emas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia