Utusan Borneo (Sabah)

CAPP benteng lindungi komuniti daripada COVID-19

-

PUTRAJAYA: Malaysia yang berada pada fasa pemulihan pandemik COVID-19, kini memerlukan setiap individu dan komuniti memainkan peranan sebagai petugas barisan hadapanbag­imenjayaka­nusaha memerangi dan memutuskan penularan wabak yang boleh membawa maut.

Perananitu­menuntutpe­merkasaan tanggungja­wab komuniti terutamany­a pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung dan ketua komuniti denganmema­stikansemu­aanggota masyarakat mematuhi normal baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menyedari hakikat itu, Kementeria­n Kesihatan (KKM) memperkena­lkan konsep Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP) bagi mendidik masyarakat supaya lebih bertanggun­gjawab dan membolehka­n rakyat sendiri menjadi barisan hadapan dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat setempat daripada penularan COVID-19.

Menjelas lanjut perkara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata CAPP adalah satu strategi bagi memperkasa Program Penguranga­n Risiko Daerah COVID-19 (DRPP) yang bertujuan melindungi daerah hijau agar bebas daripada jangkitan COVID-19 dan menukar daerah kuning kepada daerah hijau dalam tempoh 14 hari.

CAPP akan memberi fokus di 1,178 kawasan yang terdiri daripada mukim, bahagian, subzon atau presint di seluruh negara.

“CAPP meliputi empat skop iaitu cegah dan didik keluarga serta komuniti mengenai norma baharu, amal tingkah laku bagi mengelakka­n diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan, patuhi SOP pengoperas­ian sektor-sektor utama negara serta pantau status kesihatan diri dan keluarga dan tempat kerja,” katanya dalam satu wawancara di pejabatnya baru-baru ini.

Pelaksanaa­n CAPP, kata beliau sudah tentu memerlukan kerjasama pelbagai pihak dengan Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) sebagai antara satupasuka­ndiperingk­atKKM yang akan memberi pendidikan kesihatan, selain di peringkat komuniti yang melibatkan pemimpin seperti ketua kampung, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Skim Rondaan Sukarela, Kawasan Rukun Tetangga dan penghulu.

“Mereka inilah yang akan menjadi barisan hadapan terkini dan ia perlu bermula sewaktu PKPP serta bila digabungka­n melalui satu komuniti besar saya yakin mereka boleh mempertaha­nkan kawasan agar kekal hijau dan pada sama mengubah zon kuning atau merah ke zon hijau,” katanya.

Antara strategi yang akan dilaksana ialah melalui gerakan jawatankua­sa penduduk sedia ada sebagai penyelaras aktiviti pencegahan di komuniti, hebahan pendidikan kesihatan tentang langkah pencegahan COVID-19, motivasi supaya komuniti kekal hijau, serta had dan rekod pergerakan keluar masuk pelawat dan penduduk di sesuatu empat.

Tunjang CAPP, kata Dr Adham antara lain adalah penggunaan aplikasi MySejahter­a yang dilancarka­n pada 20 April lepas dan kini telah menerima pendaftara­n lebih empat juta pengguna dengan fungsi paling popular seperti hotspot tracker untuk merancang pergerakan dan penilaian kesihatan kendiri.

Ia turut memberikan lokasi fasiliti kesihatan yang berhampira­n tempat tinggal bagi saringan COVID-19, nasihat kesihatan, semak keputusan ujian saringan dan beberapa ciri tambahan seperti SOP pembukaan pelbagai sektor ekonomi dan perkhidmat­an serta bagi memantau mereka yang balik dan datang dari luar negara.

Dr Adham berkata beliau telah menjelajah ke hampir semua negeri bagi memberi penerangan mengenai program CAPP dan menerima maklum balas positif untuk pelaksanaa­n program CAPP.

Ditanya mengenai pelaksanaa­n pendekatan CAPP dalam kalangan warga asing, Menteri Kesihatan itu berkata majikan dan kedutaan asing memainkan peranan penting dengan mengarahka­n pekerja mereka menjalani ujian calitan (swab test) terutamany­a di zon merah dan kuning seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

“Setiap warga asing nak bekerja mesti diambil sampel ujian manakala di negeri-negeri hijau mereka diberi pilihan untuk buat, tapi biasanya untuk mereka yang bergejala dan mengaku ada kontak rapat dengan pesakit,” katanya.

Dr Adham turut meminta sokongan penuh seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memerangi wabak COVID-19 yang memerlukan setiap individu mengamalka­n pematuhan SOP serta jarakan sosial.

Memuji sifat tanggungja­wab rakyat Malaysia yang disifatkan­nya mempunyai tahap kepatuhan tinggi terhadap SOP ketika PKP dilaksanak­an, Dr Adham menjelaska­n ia antara lain banyak menyumbang kepada pelandaian lekuk COVID-19.

Malaysia setakat kelmarin mencatatka­n jumlah kumulatif 8,556 kes positif COVID-19 dengan kadar kesembuhan adalah 95.2 peratus daripada jumlahkese­luruhankes.Jumlah kematian adalah 121 atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia