Utusan Borneo (Sabah)

Harap tiada fitnah, berita palsu dalam media sosial sepanjang PRK DUN Chini

-

KUANTAN:MenteriKom­unikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berharap tiada penularan berita palsu atau fitnah berlaku dalam media sosial sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Beliau berkata, media sosial dijangka menjadi antara medium utama berkempen memandangk­an PRK itu berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyebabka­n kempen yang melibatkan kehadiran dalam jumlah besar tidak dibenarkan.

“Kita harap tidak berlaku penularan fitnah atau berita palsu dan yang paling penting tolong jangan kongsi perkara tidak benar… untuk pastikan kesahihan berita cukup mudah kerana hanya perlu klik portal sebenarnya.my.

“Jika berlaku penularan berita palsu atau fitnah, kita boleh mengambil tindakan jika menerima laporan sama ada oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet Semambu di sini, semalam.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandang­nya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK diadakan pada 4 Julai ini.

PRK Chini menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas iaitu ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd

Shukri Mohd Ramli, 49, yang juga penulis blog.

Pada perkembang­an lain, Saifuddin berkata beliau menghormat­i dan percaya Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun mempunyai sebab yang munasabah apabila membuat permohonan secara ex-parte untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd dan Ketua Editor portal berita, Malaysiaki­ni.

“Saya anggap itu adalah keputusan AG dan dalam sistem demokrasi berparlime­n, kita ada pembahagia­n kuasa. Sebagai ahli Kabinet, saya menghormat­i tindakan dibuat AG dan kita serah kepada mahkamah untuk mengadili dan membuat keputusan,” katanya.

Pada Rabu lepas, media melaporkan Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan AG terhadap Malaysiaki­ni yang didakwa membenarka­n komentar yang mengandung­i kenyataan menyinggun­g perasaan disiarkan pada ruangan komen artikel bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operationa­l from July 1’ pada 9 Jun lalu.

Saifuddin juga menegaskan beliau tetap mempertaha­n dan menegakkan soal kebebasan akhbar namun ia perlu berlaku mengikut undangunda­ng, malah beliau sendiri selaku menteri juga boleh dikenakan tindakan jika melanggar garis merah.

Selain itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota memaklumka­n Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom dan SMK Sungai Baging di sini akan memulakan projek rintis smart school yang dibiayai firma pengeluar telefon pintar, Huawei selain turut melibatkan syarikat telekomuni­kasi, Digi Telecommun­ication Sdn Bhd, Telekom Malaysia dan SKMM.

“Dua fokus utama ialah elearning untuk pelajar selain e-dagang yang bertujuan membantu masyarakat tempatan dari segi perniagaan secara online dan walaupun dibuat di Indera Mahkota, saya yakin ia boleh dikembangk­an ke kawasan lain dengan mengoptimu­mkan penggunaan 1,100 pusat Internet di seluruh negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROSES PEMBELAJAR­AN: Saifuddin (empat kanan) melihat pelajar menggunaka­n internet untuk proses pembelajar­an ketika mengadakan lawatan ke Pusat Internet Semambu di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama PROSES PEMBELAJAR­AN: Saifuddin (empat kanan) melihat pelajar menggunaka­n internet untuk proses pembelajar­an ketika mengadakan lawatan ke Pusat Internet Semambu di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia