Utusan Borneo (Sabah)

Brighton jarakkan diri dari zon penyingkir­an

Jaringan lewat Maupay memastikan Brighton menang 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi EPL

-

Jaringan lewat Maupay memastikan Brighton menang 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi EPL

LONDON, England: Neal Maupay menjadi duri dalam daging buat Arsenal apabila menjaringk­an gol kemenangan lewat untuk Brighton sementara Wolves menghampir­i empat tangga teratas liga apabila menewaskan West Ham United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Pada hujung minggu pertama bola sepak Liga Perdana Inggeris sejak tertangguh ekoran pandemik COVID-19 pada bulan Mac, peluang Arsenal memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara pada musim hadapan semakin terjejas selepas mensia-siakan pendahulua­n 1-0 sebelum tewas 1-2.

Harapan Arsenal juga tidak dibantu dengan kecederaan kepada penjaga golnya, Bernd Leno, ketika diasak oleh Maupay pada perlawanan di Stadium Amex.

Leno mengalami kecederaan terseliuh di bahagian lutut dan menyalahka­n Maupay ketika beliau diusung keluar dari padang.

“Saya fikir beliau mengalami tekanan di bahagian lutut dan kami akan menilai sepenuhnya kecederaan beliau,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Nicolas Pepe meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-68 dengan satu rembatan cantik.

Tetapi kerapuhan pertahanan Arsenal terdedah sekali lagi apabila pemain pertahanan Brighton, Lewis Dunk mencuri ruang untuk menjaringk­an gol dari jarak dekat tujuh minit kemudian.

Memburukka­n lagi keadaan buat Arsenal, Aaron Connolly mengumpan cantik bola kepada Maupay untuk menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan.

Maupay dan pemain Arsenal, Matteo Guendouzi kemudian terpaksa dileraikan pada tamat permainan ketika ketegangan memuncak.

“Beberapa pemain mereka belajar tentang merendah diri, terutama sekali salah seorang daripada mereka. Beliau bercakap sepanjang permainan, berkata perkara yang buruk,” kata Maupay.

Kekalahan menyebabka­n Arsenal tercicir ke tangga kesembilan liga, lapan mata dari pasukan di tangga keempat liga, Chelsea dan mungkin juga terlepas peluang untuk layak ke kejohanan Liga Europa pada musim hadapan.

“Kekalahan ini tidak dapat diterima. Kami terlepas begitu banyak peluang dan tidak berusaha mencari gol kedua,” kata Arteta.

Kemenangan liga pertama Brighton pada 2020 itu melonjakka­n mereka lima mata dari zon penyingkir­an.

Selepas Arsenal, Tottenham Hotspur, Manchester United dan Sheffield United gagal mencipta kemenangan pada perlawanan pertama sejak penangguha­n musim, Wolves adalah pasukan pertama yang menghampir­i empat tangga teratas liga.

Pada perlawanan lewat, Crystal Palace menewaskan Bournemout­h 2-0, menyelamat­kan West Ham dari tercicir ke zon penyingkir­an tetapi terikat 27 mata dengan pasukan di tangga ketiga dari bawah liga, Bournemout­h.

Leicester City masih di landasan untuk layak ke Liga JuaraJuara pada musim hadapan tetapi anak buah Brendan Rodgers itu dinafikan kemenangan oleh gol penyamaan lewat Craig Dawson ketika Watford seri 1-1 di Vicarage Road.

Satu mata meletakkan Leicester kekal di tangga ketiga, lapan mata berbanding United dan Wolves sementara Watford kini satu mata di atas zon penyingkir­an. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Antara babak-babak aksi perlawanan di antara Brighton dan Arsenal di Stadium American Express Community.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Antara babak-babak aksi perlawanan di antara Brighton dan Arsenal di Stadium American Express Community.
 ?? — Gambar AFP ?? PEMUSNAH: Maupay meraikan gol jaringanny­a.
— Gambar AFP PEMUSNAH: Maupay meraikan gol jaringanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia