Utusan Borneo (Sabah)

Wujud semangat kesukanan bersih

Pengamal sukan Sarawak diberi kesedaran penyalahgu­naan dadah, bahan larangan, kepentinga­n anti-doping melalui webinar

- Oleh Rusnan Mustafa

“Sesi webinar merangkumi lebih ramai jurulatih dan memberi peluang lebih luas kepada semua peminat sukan mendapat maklumat terkini tentang anti-doping

” di Malaysia.

Dr Ong Kong Swee Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak

KUCHING: Kesedaran mengenai penyalahgu­naan dadah atau bahan larangan serta kepentinga­n antidoping dalam sukan mewujudkan semangat kesukanan bersih kalangan pengamal sukan di Sarawak tetap diberi perhatian meskipun berdepan dengan cabaran penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee berkata PSS dan Majlis Sukan Sarawak (MSS) dengan kerjasama Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) menggunaka­n platform digital menganjurk­an 'Webinar: Basic Anti-Doping'.

Menurutnya, program tiga hari bermula 17 Jun lalu itu melibatkan 78 Jurulatih Elit dan 34 Pegawai Pembanguna­n Sukan di bawah program persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA).

"Webinar ini berlangsun­g tiga hari bermula 17 Jun lalu dan diagihkan kepada lima sesi mengikut kategori sukan iaitu Sukan Sasaran, Sukan Jaring dan Dinding, Sukan Serangan, Sukan Tempur dan Sukan Individu.

"Ia adalah sebahagian daripada program pendidikan sukan mengenai penyalahgu­naan dadah atau bahan larangan dalam sukan serta memahami proses anti-doping bagi atlet-atlet Sarawak terlibat dalam saringan antidoping semasa kejohanan atau latihan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pengarah MSS itu menjelaska­n penglibata­n Jurulatih Elit dan Pegawai Pembanguna­n

Sukan dalam webinar ini juga untuk mendidik dan menyampaik­an maklumat serta kepentinga­n anti-doping dalam sukan kepada atlet-atlet.

Katanya, antara topik dikongsika­n adalah 11 kesalahan peraturan anti-doping (11RV), peranan dan tanggungja­wab atlet-atlet serta jurulatih dalam anti-doping.

"Selain itu, tindakan kesalahan doping, proses kawalan doping, borang TUE, anti-doping E-platform, senarai bahan barangan dalam sukan (WADA Prohibeted List) dan maklumat platform menyemak bahan larangan berdasarka­n jenis produk atau kandungan produk," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan program itu juga adalah penting pada masa pandemik COVID-19 ini dalam menyampaik­an maklumat terkini tentang antidoping di Malaysia.

"Sesi webinar merangkumi lebih ramai jurulatih dan memberi peluang lebih luas kepada semua peminat sukan mendapat maklumat terkini tentang anti-doping di Malaysia.

"PSS mengadakan lebih banyak sesi webinar dan persidanga­n video langsung dalam talian dengan beberapa ikon dan pakar sains sukan pada masa akan datang untuk memberi maklumat terkini tentang perkembang­an sukan dan aplikasi sains sukan dalam latihan dan pertanding­an," katanya.

 ??  ?? ONG
ONG
 ??  ?? KONGSI MAKLUMAT: Antara peserta terdiri kalangan Jurulatih Elit dan Pegawai Pembanguna­n Sukan menyertai 'Webinar: Basic Anti-Doping'.
KONGSI MAKLUMAT: Antara peserta terdiri kalangan Jurulatih Elit dan Pegawai Pembanguna­n Sukan menyertai 'Webinar: Basic Anti-Doping'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia