Utusan Borneo (Sabah)

Getafe dan Eibar seri 1-1 di laman sendiri

-

MADRID: Harapan Getafe untuk menamatkan saingan La Liga di empat tangga teratas liga tersentak sekali lagi apabila seri 1-1 dengan Eibar di tempat sendiri pada Sabtu.

Gol Peter Etebo meletakkan Getafe di hadapan pada perlawanan di Coliseum Alfonso Perez sebelum Charles mengikat kedudukan buat Eibar pada minit akhir sebelum rehat.

Eibar hampir menjaringk­an gol kemenangan tetapi gol lewat Pedro Bigas tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

Getafe hanya mengumpul dua mata dari tiga perlawanan sejak musim liga Sepanyol disambung semula, dengan Atletico Madrid mengambil sepenuh peluang naik ke tangga ketiga liga apabila menewaskan Real Valladolid 1-0 pada perlawanan lewat.

Gol kemenangan Atletico dijaringka­n Vitolo pada minit ke-81 dari umpanan Diego Costa.

Kemenangan buat Atletico membolehka­n mereka berada empat mata di hadapan Getafe dan lima mata di hadapan Real Sociedad, yang juga hilang rentak dan akan menentang Real Madrid pada perlawanan lewat.

“Ia jelas di mana kami memerlukan kemenangan untuk meningkatk­an lagi peluang (layak ke Liga Juara-Juara),” kata pemain Getafe, Jaime Mata.

“Ia mungkin permulaan semula kami selepas berehat panjang tetapi kami harus terus berusaha sehingga mencapai kemenangan. Orang berkata cita-cita kami terlalu tinggi tetapi kami akan tetap terus berusaha.”

Getafe memburu saingan kelompok teratas liga selepas empat tahun di bawah kendalian Jose Bordalas.

Mereka hanya naik ke La Liga pada 2017 dan terlepas kelayakan ke Liga JuaraJuara pada hari terakhir liga musim lepas.

Eibar tanpa kemenangan dari lima perlawanan tetapi satu mata ini memberikan mereka harapan untuk mengelak penyingkir­an selepas berada di tangga ke-16 liga.

Pada perlawanan awal, Espanyol tewas 1-3 kepada Levante di tempat sendiri, satu kekecewaan moral selepas kemenangan ke atas Alaves dan seri dengan Getafe.

Kekalahan menyebabka­n Espanyol kekal di tangga terbawah liga, tiga mata dari zon selamat.

Athletic Bilbao naik ke tangga kesembilan selepas menewaskan Real Betis 1-0 menerusi gol Inigo Martinez.

 ?? — Gambar AFP ?? BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Getafe dan Eibar di Getafe.
— Gambar AFP BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Getafe dan Eibar di Getafe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia