Utusan Borneo (Sabah)

Bayern buru tiga kejuaraan musim ini

-

BERLIN: Bayern Munich memburu tiga kejuaraan musim ini selepas Robert Lewandowsk­i mencipta rekod gol paling banyak yang dijaringka­n seorang pemain asing dalam Bundesliga Jerman ketika juara liga itu menewaskan Freiburg 3-1 sementara Werder Bremen dijangka akan tersingkir dari liga selepas tewas di Mainz pada Sabtu.

Borussia Dortmund mengesahka­n tempat selaku naib juara liga selepas menewaskan RB Leipzig 2-0 di gelanggang lawan.

Di Allianz Arena, Joshua Kimmich meletakkan Bayern di hadapan sebelum Lewandowsk­i menjaringk­an dua gol sebelum rehat untuk gol liga ke-33 beliau musim ini dan gol ke-48 dalam semua pertanding­an.

Penyerang antarabang­sa Poland itu mengatasi rekod lama gol terbanyak pemain asing di Jerman, 31 gol yang dicipta Pierre-Emerick Aubameyang dari Ganon pada 2016/2017 ketika bermain untuk Borussia Dortmund sebelum berpindah ke Arsenal ketika ini.

Bayern tidak mempunyai sebarang tekanan lagi selepas disahkan juara Bundesliga Jerman buat kali kelapan berturut-turut pada pertengaha­n minggu.

Mereka kini memburu tiga kejuaraan apabila menentang Bayer Leverkusen di final Piala Jerman pada 4 Julai depan dan antara pasukan pilihan dalam Liga Juara-Juara, yang akan disambung semula pada bulan Ogos.

“Jika anda mempunyai keyakinan, ia satu bonus jika anda mencapai kemenangan,” kata jurulatih Bayern, Hansi Flick selepas pasukannya mencipta kemenangan ke-15 berturut-turut.

“Saya berharap kami boleh mengekalka­n kedudukan ini untuk tempoh yang lama. Kami masih perlu melakukan lebih banyak lagi. Sasaran awal ialah memenangi pertanding­an piala.

“Dan kemudian ada satu lagi sasaran dalam Liga JuaraJuara di mana kami akan cuba melangkah sejauh yang kami mampu.”

Di tangga tercorot liga, Bremen dijangka akan disingkirk­an dari Bundesliga buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun selepas tewas 1-3 di Mainz.

Kekalahan meletakkan Bremen di tangga kedua dari bawah liga dan dua mata dari pasukan di tangga ke-16, slot playoff penyingkir­an.

Untuk mempunyai harapan terus kekal dalam Bundesliga, Bremen harus menewaskan Cologne pada perlawanan minggu hadapan dan mengharapk­an pasukan di tangga ke-16, Fortuna Duesseldor­f, yang seri 1-1 dengan Augsburg pada Sabtu, tewas di Union Berlin.

Erling Braut Haaland menjaringk­an dua gol untuk mengesahka­n kemenangan Dortmund ke atas Leipzig, yang berada di tangga ketiga liga, sekali gus mengesahka­n status mereka selaku naib juara liga.

Dortmund dan Bayern akan secara automatik ke Liga Juara-Juara musim hadapan dengan dua lagi slot menjadi buruan Leipzig, Borussia Moenchengl­adbach dan Leverkusen.

Haaland kini sudah menjaringk­an 13 gol dari 14 perlawanan liga sejak tiga dari RB Salzburg.

Beliau sudah menjaringk­an 44 gol dalam 38 perlawanan untuk Dortmund dan Salzburg pada musim ini.

Penyerang antarabang­sa Jerman, Timo Werner, yang mengesahka­n perpindaha­n ke Chelsea bulan hadapan, gagal menambah koleksi 26 gol liga beliau.

Gladbach meningkatk­an peluang memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara apabila menewaskan kelab tercorot, Paderborn 3-1 sementara Leverkusen tercicir ke tangga kelima, kurang dua mata dari Gladbach dan tiga mata di belakang Leipzig selepas tewas 0-2 di Hertha Berlin.

Schalke kini sudah 15 perlawanan tanpa kemenangan selepas dimalukan 1-4 di tempat sendiri oleh Wolfsburg, yang kekal di tangga keenam untuk slot kelayakan ke Liga Europa musim hadapan.

 ?? — Gambar AFP ?? SAINGAN: Antara babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Bayern Munich dan Freiburg di Munich, Jerman.
— Gambar AFP SAINGAN: Antara babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Bayern Munich dan Freiburg di Munich, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia