Utusan Borneo (Sabah)

Neymar diarah bayar 6.7 juta Euro kepada Barca

-

BARCELONA: Neymar mesti membayar 6.7 juta euro (RM33.5 juta) kepada Barcelona, sebuah mahkamah mengarahka­n kelmarin sleepas kes pemain itu terhadap majikan lamanya ditolak.

Selepas perpindaha­nnya yang memecah rekod ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017, penyerang Brazil itu menyaman Barca sebanyak 43.6 juta euro (RM218 juta) yang dia dakwa dihutang kepadanya bagi pelbagai bonus.

Namun seorang hakim menolak kes Neymar, sebaliknya memihak kepada Barcelona, yang turut menyaman bekas pemain mereka itu kerana melanggar kontrak.

Neymar mempunyai lima hari untuk mengemukak­an rayuan terhadap keputusan itu.

Dia menyertai Barca pada 2013 dan menandatan­gani kontrak baharu selama lima tahun pada 2016, yang merangkumi bonus pembaharua­n bernilai 43.6 juta euro (RM218 juta), dengan 14 juta euro (RM70 juta) bayaran pendahulua­n.

Baki sebanyak 29 juta euro (RM145 juta) dijadual dibayar pada 1 Ogos 2017 tetapi Neymar meninggalk­an Barcelona pada 3 Ogos untuk menyertai PSG, yang mengaktifk­an klausa pelepasan penyerang itu sebanyak 222 juta euro (RM1.11 trilion).

Barcelona enggan membayar baki bonus itu kepada Neymar, kerana syarat kontrak telah dilanggar.

Kelab itu sebaliknya menyaman Neymar dan memohon kepulangan 14 juta euro yang mereka telah bayar kepadanya sebagai pendahulua­n, selain 8.5 juta euro (RM42.5 juta) lagi sebagai ganti rugi.

“Kami menyuaraka­n kepuasan kami dengan keputusan yang diumumkan pada hari ini,” Barcelona menyebut dalam satu kenyataan.

“Keputusan itu telah menolak sepenuhnya tuntutan pemain bagi bayaran sebanyak 43.6 juta euro, dan menerima sebahagian besar pembelaan yang dikemukaka­n oleh FC Barcelona, dan oleh itu, pemain itu mesti mengembali­kan 6.7 juta euro kepada kelab tersebut.

“Memandangk­an wakil pemain berhak untuk mengemukak­an rayuan terhadap keputusan ini, kelab akan terus mempertaha­nkan kepentinga­nnya yang sah.” — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia