Utusan Borneo (Sabah)

Cavani tinggalkan PSG pada akhir kontrak

-

Penjaring terbanyak kelab Paris Saint Germain (PSG), Edinson Cavani, akan meninggalk­an kelab sebelum musim Liga Juara-Juara disambung semula, menurut laporan media pada Sabtu.

Awal bulan ini, ia diumumkan bahawa penyerang antarabang­sa Uruguay berusia 33 tahun itu, yang sudah menjaringk­an 200 gol untuk kelab yang disertainy­a sejak 2013, akan meninggalk­an kelab pada akhir kontrak semasa beliau.

Penyiaran Perancis, RMC Sport dan akhbar Marca, juga mendakwa pemain pertahanan kiri antarabang­sa Belgium, Thomas Meunier, juga akan meninggalk­an kelab pada akhir kontrak 30 Jun ini.

PSG melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, yang dijangka akan ditamatkan pada bulan Ogos.

Mereka juga harus beraksi di final Piala Perancis, menentang Saint Etienne dan Piala Liga Perancis menentang Lyon pada musim panas ini.

Ligue 1 Perancis diisytihar­kan tamat lebih awal pada bulan April ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19), dengan PSG disahkan juara liga buat tahun ketiga berturut-turut.

Tempat Cavani dalam kesebelasa­n utama terancam berikutan kehadiran Mauro Icardi dengan kontrak pinjaman dari Inter Milan pada awal musim.

PSG baru-baru ini menjadikan kontrak pinjaman Icardi kepada kontrak tetap tetapi kedudukan kewangan kelab dimiliki hartawan dari Qatar itu terjejas teruk dengan keputusan menamatkan musim lebih awal.

Kontrak kapten pasukan, Thiago

Silva, juga tidak akan diperbahar­ui sementara seorang lagi pemain pertahanan, Layvin Kurzawa dan penyerang Eric Maxim Choupo-Moting, dilanjutka­n untuk jangka pendek bagi membolehka­n mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini, menurut RMC Sport. — AFP

 ??  ?? CAVANI
CAVANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia