Utusan Borneo (Sabah)

Pelabuhan Biohab bakal jana pertumbuha­n inovasi hijau di Sarawak

-

KUALA LUMPUR: Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Regal Lands Sdn. Bhd. (REGAL), Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan Pelabuhan Rotterdam (PoR) telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi mewujudkan Pelabuhan Biohab dan Pembanguna­n Estet Perindustr­ian di Bintulu, Sarawak.

MoU ini berfokus kepada mengenal pasti lokasi yang bersesuaia­n bagi membangunk­an projek Biohab dengan kerjasama erat bersama Bintulu Port Holdings Berhad. Pada majlis menandatan­gani MoU ini, AIM telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Naser Jaafar, REGAL diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Mohammad Medan Abdullah, dan Pengarah Urusan Andre Toet menandatan­gani bagi pihak PT Pelabuhan Rotterdam Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif AIM Naser Jaafar berkata, konsep Biohab merupakan sesuatu yang telah lama difokuskan oleh unit Strategi Biomas Nasional AIM, dan mereka telah memberikan masa dan usaha yang signifikan untuk mencari pihak berkepenti­ngan yang sesuai yang mempunyai visi yang sama.

“Kami yakin dengan konsep Biohab dan pada hari ini, dengan kepercayaa­n daripada pihakpihak yang terlibat, konsep ini akan mampu dimajukan ke fasa pelaksanaa­n yang seterusnya.

"Kami telah memberi sokongan kepada projek ini sejak ianya bermula dan komited dalam mengekalka­n usaha untuk bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan yang berkongsi visi yang sama serta pihak yang berusaha gigih untuk merealisas­ikannya. Ini bakal menjadi titik perubahan bagi Sarawak,” tambah Naser.

Pengarah Eksekutif Regal Internatio­nal Group Wong Pak Kiong, berkata, kerjasama ini menandakan satu arah baharu bukan hanya untuk syarikat kami, malah untuk Sarawak. Perniagaan kami selalunya terfokus kepada pembanguna­n dan pembinaan, terutamany­a bagi hartanah komersil dan perumahan.

“Kini, kami telah membuat keputusan strategik untuk menceburi bidang pembanguna­n yang bersinergi dengan sumber tanah Sarawak yang kaya, yang akan membantu pertumbuha­n ekonomi Sarawak yang berpanjang­an.

“Bersama-sama dengan AIM, kami mula meneroka model Pelabuhan Bio dan Biohab

sebagai salah satu penjana pertumbuha­n ekonomi yang berpotensi. Sarawak mempunyai banyak sumber biomas yang amat kritikal kepada Pelabuhan Bio dan Biohab.

"Ini akan memberikan kelebihan kepada Sarawak di dalam industri biomas dan membantu meningkatk­an keupayaan Sarawak menceburi industri baru ini serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak, selain menjadi satu lagi sumber penjana kekayaan bagi perniagaan-perniagaan di negeri ini,” katanya.

Tambah Wong, kami amat berterima kasih kepada Pelabuhan Rotterdam dan Pelabuhan Bintulu, rakan-rakan perniagaan yang amat kami hargai, dan juga AIM sebagai agensi kerajaan yang memberikan sokongan ampuh kepada kami.

"Ini merupakan satu kemajuan penting dan kami percaya bahawa pendekatan kerjasama ini merupakan satu kunci kejayaan. Dengan input dan kerjasama erat daripada rakan yang berpengala­man dalam ekosistem industri, marilah kita bersama-sama mengorak langkah," katanya.

Dato’ Medan Abdulllah, Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan Bintulu Port Holding Berhad berkata, sebagai sebahagian daripada Bintulu Port Group, kami mengalu-alukan penerokaan potensi kerjasama dan pertumbuha­n ekonomi untuk Projek Biohab ini bersama kesemua pihak dengan lokasi strategik kedua-dua pelabuhan yang kini dikendalik­an oleh Bintulu Port Group.

“Keputusan untuk menyertai projek ini juga selari dengan inisiatif Bintulu Port Group Smart Digital Green Port (SDGP) Blueprint yang kami laksanakan. Dengan kerjasama ini, kami menjangkak­an kejayaan yang lebih besar bagi aspirasi SDGP Blueprint untuk mentransfo­rmasi pelabuhan kami dari segi operasi, kecekapan tenaga, pengurusan dan organisasi dan pendekatan ke atas alam sekitar.

"Hasil daripada projek ini sudah pastinya akan menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara serta merealisas­ikan sasaran-sasaran operasi yang lestari,” tambah beliau.

Andre Toet, Pengarah Urusan PT Pelabuhan Indonesia berkata, sebagai sebahagian daripada Pelabuhan Rotterdam (PoR), kami berbesar hati dapat memulakan usahasama baru di Malaysia dengan kerjasama empat pihak. “Kerjasama ini akan memperkuat penglibata­n dan komitmen kami di Malaysia dan akan menyokong pembanguna­n mampan negara ini di kawasan pelabuhan dan estet perindustr­ian. Ini selari dengan aspirasi peralihan penggunaan sumber tenaga PoR dan akan menjana pengetahua­n baharu bagi kesemua pihak.

Duta Besar Belanda ke Malaysia, Aart Jacobi berkata, MoU ini menggarisk­an kerjasama ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Belanda. Keduadua negara adalah negara yang terbuka dan berorienta­sikan perdaganga­n antarabang­sa. Belanda telah menjadi hab pengagihan di Eropah sejak beberapa dekad dan Malaysia turut bercita-cita untuk menjadi hab pengagihan di ASEAN.

Beliau yakin kerjasama antara pelabuhan-pelabuhan Malaysia dan Belanda akan menyokong pembanguna­n ini.

"Pembanguna­n Biohab dan Estet Perindustr­ian di Bintulu akan menyediaka­n platform yang baik bagi inovasi hijau dan pembanguna­n ekonomi yang lestari di Sarawak pada masa hadapan," tegasnya.

 ??  ?? MOU: Sekitar majlis menandatan­gani MoU bagi mewujudkan Pelabuhan Biohab dan Pembanguna­n Estet Perindustr­ian di Bintulu, Sarawak.
MOU: Sekitar majlis menandatan­gani MoU bagi mewujudkan Pelabuhan Biohab dan Pembanguna­n Estet Perindustr­ian di Bintulu, Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia