Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti Jemaah Tabligh belum dibenarkan

Walaupun KKM telah mengisytih­arkan kluster perhimpuna­n tabligh Sri Petaling tamat

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Aktiviti dakwah secara terbuka Jemaah Tabligh masih belum dibenarkan walaupun pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytih­arkan kluster perhimpuna­n tabligh Sri Petaling tamat.

Ketua Rombongan Jemaah Tabligh ke Sri Petaling, Ustaz Samsuali Marulla berkata setakat ini semua Jemaah Tabligh di negeri Sabah masih belum melakukan aktiviti dakwah di dalam masjid seperti sebelum ini.

“Kami masih menunggu kebenaran daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk mendapat kebenaran melakukan dakwah di luar,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Institusi Tahfiz Al-Quran

Negeri Sabah (PINTA) berkata, semua program dakwah hanya dilakukan di dalam rumah bersama keluarga masing-masing mengikut kaedah yang dicadangka­n dalam mesyuarat.

“Sekiranya terdapat persoalan yang perlu dibincangk­an, kami akan menggunaka­n kaedah perbincang­an alam maya untuk memutuskan sesuatu keputusan.

“Walaupun kerajaan membenarka­n berkumpul sehingga 250 orang dalam satu masa, tetapi kami masih melakukan langkah berjaga-jaga untuk terus tidak berkumpul dalam jumlah yang ramai,” katanya.

Samsuali bersyukur kerana Jemaah Tabligh yang dianggap kluster terbesar di Malaysia sudah diisytihar bersih dari wabak COVID-19.

“Saya mewakili seluruh Jemaah Tabligh di negeri ini merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh kakitangan KKM dan petugas barisan hadapan kerana bertungkus-lumus memutuskan rantaian wabak ini.

“Pihak Jemaah Tabligh akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan terutamany­a KKM sekiranya diperlukan lebihlebih lagi yang melibatkan masalah penularan wabak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? USTAZ SAMSUALI
USTAZ SAMSUALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia