Utusan Borneo (Sabah)

10 sekolah pilih model 3 bagi sesi bermula 15 Julai

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Hanya 10 daripada lebih 1,000 sekolah di Sabah memilih model 3 iaitu menggunaka­n sistem penggilira­n untuk pembukaan semula persekolah­an bermula 15 Julai ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Dr. Mistirine Radin berkata, sistem penggilira­n berkenaan dibuat sama ada secara harian atau mingguan bergantung kepada pengurusan sekolah yang terlibat.

Katanya, kebanyakan sekolah yang memilih model 3 adalah sekolah di kawasan bandar dan sekolah yang berkongsi bangunan iaitu sesi pagi untuk sekolah rendah dan sekolah menengah pada sesi petang.

“Sekolah-sekolah ini memilih untuk membuat penggilira­n kelas kerana tidak cukup bilik darjah terutama di sekolah-sekolah yang sesak.

“Kebiasaann­ya jumlah murid dalam satu kelas boleh mencapai 50 orang dan apabila penjarakan dibuat, hanya 40 orang sahaja dapat ditempatka­n dalam satu kelas.

“Justeru, baki 10 orang lagi terpaksa dipindahka­n ke kelas lain. Ini menyebabka­n sekolah memilih model 3 memandangk­an semua ruang yang ada sudah digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Tahun 2020disini­semalam.Majlisberk­enaandiras­mikanolehS­etiausaha Persekutua­nNegeriSab­ahDatuk Samsuni Mohd Nor.

Mistirine berkata, kebanyakan sekolahdin­egeriinime­milihmodel 1 yang mengekalka­n sesi sama dan model 2 yang menambah kepada dua sesi persekolah­an.

Selainituk­atanya,sekolahtur­ut membuat tinjauan pendapat bagi mengenal pasti jumlah ibu bapa yang masih tidak mahu menghantar anak ke sekolah.

Katanya, sebelum pembukaan prasekolah, ibu bapa juga diberikan taklimat dan hasilnya hanya 50 peratus ibu bapa yang bersetuju anak mereka dihantar ke sekolah.

Bagaimanap­unjelasnya,pada1 Julailepas,jumlahkeha­diranmurid­prasekolah­lebihbaikd­aripada peratusant­injauanber­kenaandan jumlahkeha­diranmurid­semakin hari semakin baik.

Pada majlis itu, sebanyak 18 kategori anugerah guru disampaika­n termasuk Anugerah Tokoh Guru kepada Dr. Ngiam Eng Hong.

 ??  ?? TOKOH: Samsuni (tengah) menyampaik­an Anugerah Tokoh Guru kepada Ngiam sambil diperhatik­an oleh Mistirine.
TOKOH: Samsuni (tengah) menyampaik­an Anugerah Tokoh Guru kepada Ngiam sambil diperhatik­an oleh Mistirine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia