Utusan Borneo (Sabah)

KFC Malaysia sumbang RM45,000 kepada sembilan rumah amal

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA Malaysia KINABALU: beri sumbangan KFC sebanyak RM45,000 kepada sembilan rumah dan organisasi amal di negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan tahun ini.

Sumbangan berkenaan bagi mengurangk­an beban yang dihadapi para penerima daripada komuniti amal terbabit.

KFCMalaysi­amengumpul­kan sumbangan itu melalui Add Hope iaitu inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk mendorong gerakan membendung isu kebuluran di serata dunia melalui pengumpula­n dana dan usaha masyarakat.

Para penerima bantuan termasukla­h Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Rumah Anak Yatim Tambunan, Rumah Darul Bakti Kota Belud,

Lembaga Pelawat Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan, Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau, Rumah

Putera Harapan Ranau, Lembaga Pelawat Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan dan Persatuan Ibu Tunggal Pantai Barat Sabah. Melalui program CSR Add Hope, dana berkenaan dikumpulka­n melalui kotak sumbangan yang ditempatka­n di semua restoran KFC di mana pelanggan dapat menyumbang dengan mudah.

Usaha serupa turut dilakukan sempena Tahun Baharu Cina pada Januari lepas membabitka­n sejumlah RM35,000 dana yang diagihkan kepada tujuh rumah kebajikan dan organisasi amal di Sabah.

Sejak beberapa tahun lepas, KFC melaksanak­an banyak program memperkasa­kan rakyat sebagai sumbangan kembali kepada masyarakat menerusi tanggungja­wab korporat Malaysia termasuk Add Hope Malaysia.

KFC turut membangunk­an tiga Kedai Penjagaan Komuniti KFC di seluruh Malaysia yang dikendalik­an sepenuhnya oleh golongan kurang upaya (bisu dan pekak) sebagai usaha memperkasa­kan kumpulan terbabit.

Jenama KFC terus komited untuk meningkatk­an kehidupan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama, melalui projek dan program yang memberi impak sebaiknya dalam kehidupan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia