Utusan Borneo (Sabah)

Ewon tinjau pembanguna­n rumah ibadat Kadamaian

-

KOTA BELUD: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick meluangkan masa meninjau pelaksanaa­n kerja-kerja pembinaan dewan masjid Kg. Tambulion, di sini, semalam.

Beliau turut menemui jawatankua­sa gereja Katolik Kg. Tambulion berkenaan keperluan pembesaran bangunan gereja berkenaan di mana kerja-kerja pelaksanaa­n akan dimulakan.

“Kedua-dua projek pembanguna­n kecil ini telah saya luluskan di bawah peruntukan khas DUN Kadamaian pada bulan Mac lepas tetapi pelaksanaa­nnya tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi pembinaan dewan masjid, peruntukan sebanyak RM50,000 telah saya persetujui dan kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanak­an.

“Manakala pembesaran bangunange­rejaRCkamp­ung ini juga melibatkan peruntukan sebanyak RM50,000 yang saya persetujui dan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam masa terdekat,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, kedua-dua keperluan itu adalah antara yang dikemukaka­n kepada beliau dalam kunjungan ke kampung itu sebelum ini.

“Ini adalah antara komitmen dan aspirasi saya bagi mengekalka­n keharmonia­n komuniti Kadamaian yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepercayaa­n agama. Saya tahu masih banyak lagi keperluan seumpama ini di Kadamaian yang perlu dibantu,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengeru­sikan mesyuarat khas Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kadamaian berkenaan kerosakan-kerosakan infrastruk­tur awam akibat banjir dan hujan lebat baru-baru ini.

Antara kerosakan yang dilaporkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ialah tanah runtuh, kerosakan jalan, parit dan tebing sungai serta kerosakan titian kereta, jambatan gantung dan paip bekalan air graviti.

“Saya percaya kerosakank­erosakan seperti ini juga berlaku di daerah-daerah lain.

“Ini antara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan termasuk KPLB Sabah, di mana saya perlu memastikan agar peruntukan pembanguna­n sedia ada ataupun peruntukan tambahan disediakan bagi membantu menyelesai­kan sebahagian keperluan baik pulih kerosakan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Ewon ketika meninjau Gereja Katolik St. Dominic’s Kg. Tambulion.
TINJAU: Ewon ketika meninjau Gereja Katolik St. Dominic’s Kg. Tambulion.
 ??  ?? DEWAN: Ewon ketika meninjau kerja-kerja pembinaan dewan masjid Kg. Tambulion.
DEWAN: Ewon ketika meninjau kerja-kerja pembinaan dewan masjid Kg. Tambulion.
 ??  ?? KENANGAN: Ewon bergambar bersama para pemimpin masyarakat selepas meninjau Gereja Katolik St. Dominic’s Kg. Tambulion.
KENANGAN: Ewon bergambar bersama para pemimpin masyarakat selepas meninjau Gereja Katolik St. Dominic’s Kg. Tambulion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia