Utusan Borneo (Sabah)

Kompleks sukan bernilai RM7.9 juta di Selangau

Ia akan menyediaka­n kemudahan terbaik dan serba lengkap kepada penduduk di Selangau

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Penduduk daerah Selangau bakal menikmati kemudahan sukan dengan pembinaan sebuah kompleks sukan dengan kos RM7.9 juta tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, kompleks tersebut akan menyediaka­n kemudahan terbaik dan serba lengkap kepada penduduk di Selangau.

Menurutnya, projek pembinaan kompleks tersebut adalah daripada Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan peruntukan diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa Program Walkabout di pekan Selangau pada Mei 2018.

“Kerja pembinaan kompleks sukan ini akan bermula dalam tempoh dua minggu dari sekarang dengan tempoh pembinaan dijangka mengambil masa 24 bulan,” jelasnya sambil memberitah­u bahawa pembinaan kompleks tersebut sepatutnya bermula Mac lalu, namun terpaksa ditangguhk­an kerana pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian

“Kerja pembinaan kompleks sukan ini akan bermula dalam tempoh dua minggu dari sekarang dengan tempoh pembinaan dijangka mengambil masa ” 24 bulan. Christophe­r Gira Sambang ADUN Tamin

ketika dihubungi pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek pembinaan Kompleks Sukan di Selangau, kelmarin.

Katanya, usaha tersebut merupakan langkah Kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai golongan muda dan belia dari kawasan luar bandar cemerlang dalam bidang sukan.

“Ini merupakan langkah kerajaan GPS untuk terus membangunk­an kawasan DUN Tamin.

“Bagi meneruskan kesinambun­gan ini, kita berharap penduduk di kawasan terbabit akan terus memberi sokongan padu terhadap pentadbira­n dan kepimpinan kerajaan GPS,” ujarnya.

Kompleks itu bakal mempunyai kemudahan seperti sebuah padang bola sepak, trek larian, kemudahan untuk acara lompat tinggi, lompat jauh, dewan, tempat letak kenderaan serta kemudahan dan keperluan sukan.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami, wakil Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Residen Sibu, konsultan dan kontraktor.

 ??  ?? LAKARAN: Projek pembinaan kompleks sukan di Selangau.
LAKARAN: Projek pembinaan kompleks sukan di Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia