Utusan Borneo (Sabah)

Empat pihak wujudkan Pelabuhan Biohab, dan Pembanguna­n Estet Perindustr­ian

-

KUCHING: Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Regal Lands Sdn Bhd (REGAL), Bintulu PortHoldin­gsBerhad(BPHB) dan Pelabuhan Rotterdam (PoR) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi mewujudkan Pelabuhan Biohab dan Pembanguna­n Estet Perindustr­ian di Bintulu, Sarawak.

MoU ini berfokus kepada mengenal pasti lokasi yang bersesuaia­n bagi membangunk­an projek Biohab dengan kerjasama erat BPHB.

Pada majlis menandatan­ganiMoUitu,AIMdiwakil­i Ketua Pegawai Eksekutif Naser Jaafar, REGAL diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohammad Medan Abdullah dan Pengarah Urusan Andre Toet menandatan­gani bagi pihak PT Pelabuhan Rotterdam Indonesia.

Naser dalam kenyataann­ya berkata, konsep Biohab merupakan sesuatu yang telah lama difokuskan oleh unit Strategi Biomas Nasional AIM dan mereka memberikan masa dan usaha yang signifikan untuk mencari pihak berkepenti­ngan yang sesuai yang mempunyai visi yang sama.

“Kami yakin dengan konsep Biohab dan pada hari ini, dengan kepercayaa­n daripada pihak-pihak yang terlibat, konsep ini akan mampu dimajukan ke fasa pelaksanaa­n yang seterusnya.

“Kami telah memberi sokongan kepada projek ini sejak ia bermula dan komited dalam mengekalka­n usaha untuk bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan yang berkongsi visi yang sama serta pihak yang berusaha gigih untuk merealisas­ikannya dan bakal menjadi titik perubahan bagi Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Regal Internatio­nal Group Wong Pak Kiong, berkata, kerjasama berkenaan menandakan satu arah baharu bukan hanya untuk syarikat mereka, malah untuk Sarawak.

“Perniagaan kami selalunya terfokus kepada pembanguna­n dan pembinaan, terutama bagi hartanah komersil dan perumahan.

“Kini kami telah membuat keputusan strategik untuk menceburi bidang pembanguna­n yang bersinergi dengan sumber tanah Sarawak yang kaya, yang akan membantu pertumbuha­n ekonomi Sarawak yang berpanjang­an.

“Bersama-sama dengan AIM, kami mula meneroka model Pelabuhan Bio dan Biohab sebagai salah satu penjana pertumbuha­n ekonomi yang berpotensi,” jelasnya.

Menurutnya, Sarawak mempunyai banyak sumber biomas yang amat kritikal kepada Pelabuhan Bio dan Biohab yang mana ia akan memberikan kelebihan kepada Sarawak dalam industribi­omasdanmem­bantu meningkatk­an keupayaan Sarawak menceburi industri baharu ini serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyatSara­wak,selainmenj­adi satu lagi sumber penjana kekayaan bagi perniagaan­perniagaan di negeri ini.

“Kami amat berterima kasih kepada Pelabuhan Rotterdam danPelabuh­anBintulu,rakanrakan perniagaan yang amat kami hargai, dan juga AIM sebagai agensi kerajaan yang memberi sokongan ampuh kepada kami.

“Ini merupakan satu kemajuan penting dan kami percaya bahawa pendekatan kerjasama ini merupakan satu kunci kejayaan, dengan input dan kerjasama erat daripada rakan yang berpengala­man dalam ekosistem industri, marilah kita bersamasam­a mengorak langkah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Medan berkata, sebagai sebahagian daripada Bintulu Port Group, pihaknya mengalualu­kan penerokaan potensi kerjasama dan pertumbuha­n ekonomi untuk Projek Biohab ini bersama semua pihak dengan lokasi strategik kedua-dua pelabuhan yang kini dikendalik­an Bintulu Port Group.

“Keputusan untuk menyertai projek ini juga selari dengan inisiatif Bintulu Port Group Smart Digital Green Port (SDGP) Blueprint yang kami laksanakan dan dengan kerjasama ini, kami menjangkak­an kejayaan yang lebih besar bagi aspirasi SDGP Blueprint untuk mentransfo­rmasi pelabuhan kami dari segi operasi, kecekapan tenaga, pengurusan dan organisasi serta pendekatan ke atas alam sekitar.

“Hasil daripada projek ini sudah pastinya akan menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara serta merealisas­ikan sasaransas­aran operasi yang lestari,” tambah beliau.

Manakala Andre berkata, sebagai sebahagian daripada Pelabuhan Rotterdam (PoR), pihaknya berbesar hati dapat memulakan usaha sama baharu di Malaysia dengan kerjasama empat pihak.

Beliau berkata, kerjasama itu akan memperkuat penglibata­n dan komitmen mereka di Malaysia dan akan menyokong pembanguna­n mampan negara ini di kawasan pelabuhan dan estet perindustr­ian.

“Ini selari dengan aspirasi peralihan penggunaan sumber tenaga PoR dan akan menjana pengetahua­n baharu bagi semua pihak.

Duta Besar Belanda ke Malaysia Aart Jacobi berkata, MoU itu menggarisk­an kerjasama ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Belanda.

Jelas beliau, kedua-dua negara adalah negara yang terbuka dan berorienta­sikan perdaganga­n antarabang­sa.

“Belanda telah menjadi hab pengagihan di Eropah sejak beberapa dekad dan Malaysia turut bercita-cita untuk menjadi hab pengagihan di ASEAN,” ujarnya.

Beliau yakin kerjasama antara pelabuhan-pelabuhan Malaysia dan Belanda akan menyokong pembanguna­n ini.

 ??  ?? KERJASAMA: Agensi Inovasi Malaysia, Regal Lands Sdn Bhd, Bintulu Port Holdings Berhad dan Pelabuhan Rotterdam menandatan­gani MoU bagi mewujudkan Pelabuhan Biohab dan Pembanguna­n Estet Perindustr­ian di Bintulu.
KERJASAMA: Agensi Inovasi Malaysia, Regal Lands Sdn Bhd, Bintulu Port Holdings Berhad dan Pelabuhan Rotterdam menandatan­gani MoU bagi mewujudkan Pelabuhan Biohab dan Pembanguna­n Estet Perindustr­ian di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia