Utusan Borneo (Sabah)

Ejekan tidak patah semangat anak muda jadi pengusaha arang

-

rakanrakan kerana memilih pekerjaan sebagai pengusaha arang tradisiona­l pada usia muda tidak langsung mematahkan semangat Muhd Dzaqwan Sukry, 29, untuk menceburi bidang itu.

Sebaliknya, ejekan serta kata-kata sinis yang dilemparka­n menguatkan lagi tekad anak muda dari Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang itu untuk terus berusaha dan menjadi usahawan yang disegani suatu hari nanti.

Menurut Muhd Dzaqwan, dia dan bapanya, Sukry Abdullah, 57, mula mengusahak­an perusahaan arang secara tradisiona­l tiga tahun lepas selepas mendapati banyak lambakan kayu yang terbuang begitu sahaja di sekitar kawasan Kuala Berang.

“Sebelum memulakan kerjaya sebagai pengusaha arang, saya pernah membuat pelbagai jenis kerja kampung untuk membantu bapa menanggung kehidupan kami enam sekeluarga.

“Sebelum ini ada juga rakan yang mengajak saya untuk bekerja di kilang di bandar, tetapi sebagai anak sulung, saya lebih selesa berada di kampung supaya senang untuk menjaga keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamanny­a di Kampung Kuala Menjing, di sini, barubaru ini.

Menurut Muhd Dzaqwan, walaupun perusahaan­nya dijalankan secara tradisiona­l, dia melakukan sedikit inovasi terhadap ‘gok’ atau tempat pembakaran arang bagi memudahkan lagi kerja menyusun serta mengumpul arang yang sudah siap dibakar.

Menurutnya, idea tersebut diperoleh selepas melakukan sedikit kajian dan pemerhatia­n di saluran YouTube.

“Lazimnya pengusaha arang tradisiona­l akan menggunaka­n gok berbentuk iglu untuk membakar kayu. Tetapi saya dapati reka bentuknya yang sebegitu menyukarka­n kami untuk masuk dan mengumpul arang.

“Jadi saya mereka bentuk gok baharu di tapak sebelah rumah yang berbentuk segi empat dengan lebar enam kaki dan kedalaman lapan kaki serta ditutup dengan penutup besi untuk membakar kayu.

“Saiz gok ini juga lebih besar dan boleh memuatkan kira-kira tiga tan kayu untuk dibakar pada satu-satu masa,” katanya.

Katanya lagi, pada awal pembabitan, dia dan bapanya menghadapi pelbagai kepayahan untuk mendapatka­n pelanggan dan memasarkan produknya.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk menjaja arang dengan lori di seluruh daerah Hulu Terengganu kerana tidak mengetahui cara memasarkan barangan melalui laman sosial.

“Sekarang saya tidak perlu lagi mencari pelanggan, sebaliknya pelanggan yang terdiri daripada pengusaha restoran, peniaga pasar malam dan kedai runcit datang ke sini untuk mengambil arang.

“Bermula daripada 200 beg arang pada permulaan, jumlah pengeluara­n kami kini sudah mencecah 2,400 beg sebulan dan ia masih belum cukup untuk menampung permintaan di sekitar daerah ini.

“Ini membuktika­n bahawa perusahaan arang bukanlah industri yang hampir pupus, sebaliknya boleh menjana pendapatan lumayan jika dikendalik­an dengan betul,” katanya yang menyimpan impian untuk perbesarka­n lagi perniagaan kerana ketika ini berdepan kekangan modal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA PEMBAKARAN: Sukry (kiri) bersama Muhd Dzaqwan menyusun batang kayu sebelum memulakan proses membakar bagi menjadi arang kayu di Kampung Kuala Menjing, di Kuala Berang.
— Gambar Bernama SEDIA PEMBAKARAN: Sukry (kiri) bersama Muhd Dzaqwan menyusun batang kayu sebelum memulakan proses membakar bagi menjadi arang kayu di Kampung Kuala Menjing, di Kuala Berang.
 ?? — Gambar Bernama ?? RUTIN: Sukry (kiri) bersama Muhd Dzaqwan mengumpul batang kayu bagi proses membakar bagi menjadi arang kayu di Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang.
— Gambar Bernama RUTIN: Sukry (kiri) bersama Muhd Dzaqwan mengumpul batang kayu bagi proses membakar bagi menjadi arang kayu di Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia