Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan Ahmad Maslan batal dua pertuduhan tidak berasas: Pendakwaan

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu bahawa permohonan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk membatalka­n pertuduhan pengubahan wang haram dan memberi penyataan palsu yang dihadapiny­a adalah tidak berasas dan pramatang.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dalam hujahannya berkata ini kerana permohonan itu dibuat sebelum penyerahan dokumen kes itu kepada pihak pembelaan yang mewakili tertuduh.

Mohd Mukhzany Fariz yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria juga menegaskan pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah berasas dan tidak ada cacat cela kerana ia lebih bersifat fakta.

“Oleh itu, pihak mahkamah perlu menolak permohonan ini dan meneruskan dengan perbicaraa­n agar saksi-saksi pendakwaan yang bakal diketengah­kan kelak dapat memberi keterangan,” katanya semasa pendengara­n permohonan itu di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Ahmad, 54, selaku pemohon memfailkan permohonan bagi membatal kedua-dua pertuduhan yang dihadapiny­a pada 11 Februari lepas.

Terdahulu, peguam Ahmad Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad berhujah bahawa tuduhan terhadap anak guamnya adalah cacat dan tidak berasas kerana ia tidak secara jelas menyebut kesalahan itu.

“Jelas sekali pertuduhan itu tidak berasas dan tidak menyebut kesalahan, malah kesalahan (seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan) mengeliruk­an dan berdasarka­n itu, kami memfailkan permohonan ini,” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Azman menetapkan 24 Julai untuk keputusan.

Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentang­an dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas timbalan menteri kewangan itu didakwa telah menerima wang itu daripada Najib, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan

Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April, 2014, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad dituduh telah memberi penyataan palsu kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa percakapan­nya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haramyangm­embawahuku­man

denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum nya, jika sabit kesalahan. lima tahun atau kedua-dua- — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BATALKAN PERMOHONAN: Ahmad (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam, bagi pendengara­n permohonan membatalka­n pertuduhan pengubahan wang haram dan memberi penyataan palsu yang dihadapiny­a adalah tidak berasas dan pramatang.
— Gambar Bernama BATALKAN PERMOHONAN: Ahmad (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam, bagi pendengara­n permohonan membatalka­n pertuduhan pengubahan wang haram dan memberi penyataan palsu yang dihadapiny­a adalah tidak berasas dan pramatang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia