Utusan Borneo (Sabah)

COVID: Jangkitan sifar tempatan kali kedua di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Gambar sebiji telur telah dimuat naikKement­erianKesih­atan di Facebook dan Twitter mereka bagi menyatakan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dicatatkan di Malaysia kelmarin, telah mencetuska­n satu ‘tarikan’ dalam media sosial.

Ramai yang menyatakan rasa syukur mereka dengan berita tersebut, di samping memberikan penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan atas usaha berterusan mereka tanpa mengenal penat lelah, dalam memerangi pandemik COVID19.

Pengguna Twitter @ bblogasm memberikan komen“Ijustknowy­all(you all) had this in the drafts”, manakala @hadi_nor menyatakan “Eggcelent!”.

Kelmarin Malaysia sekali lagi mencatatka­n jangkitan tempatan sifar COVID-19 denganhany­atigakesba­haru dilaporkan, kesemuanya kes import melibatkan rakyat Malaysia yang dijangkiti ketika berada di luar negara.

Pada 1 Julai lepas, Malaysia mencatatka­n rekod dengan satu kes baru dan jangkitan tempatan sifar, yang merupakan jumlah kes jangkitan baru terendah sejak 18 Mac.

Bagaimanap­un, sehingga vaksin untuk virus tersebut ditemukan, adalah penting bagi rakyat Malaysia terus berhati-hati dan mengambil tindakan pencegahan dalam membebaska­n negara daripada penyakit merbahaya ini.

Seperti yang pernah dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia memerlukan 28 hari jangkitan sifar, sebelum boleh diisytihar­kanbebasda­ripada pandemik tersebut.

Sementara itu, dengan situasi semasa COVID-19, kerajaante­lahmembena­rkan empat lagi katogeri pelajar pusat pengajian tinggi untuk pulang ke kampus secara berperingk­at bermula bulan ini dan pengambila­n penuh pelajar pada Oktober.

Bagaimanap­un, pelajar diminta untuk terus mengamalka­n jarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di kampus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia