Utusan Borneo (Sabah)

Solskjaer harap MU kekalkan Pogba

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, tidak akan mendesak dana perpindaha­n yang besar pada musim panas ini kerana kesan sebenar ekonomi dari krisis pandemik COVID-19, tetapi berharap agar kelab mengikat pemain tengah, Paul Pogba dengan kontrak jangka panjang.

Naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward, ada memberi amaran bahawa ‘urusan perniagaan tidak akan sama’ seperti sebelum ini dalam pasaran perpindaha­n dan turut berkata semasa bola sepak tertangguh beberapa bulan kerana COVID-19 bahawa “spekulasi melibatkan perpindaha­n pemain dengan jumlah yang tinggi pada musim panas kelihatan tidak melihat realiti sebenar di hadapi sukan bola sepak”.

Prestasi United sejak musim disambung semula bulan lepas telah mencadangk­an United tidak perlu berbelanja besar pada pasaran perpindaha­n pemain pada musim panas ini.

Kemunculan bakat remaja seperti Mason Greenwood – yang menjaringk­an tiga gol dari dua perlawanan terakhir – telah membantu mengurangk­an spekulasi kemungkina­n satu perpindaha­n untuk pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

“Kita harus bersikap realistik,” kata Solskjaer.

“Saya fikir keseluruha­n dunia sudah berubah, dari segi kewangan dan persepsi yang anda ada tentang nilai.

“Jadi setiap kali saya bercakap dengan Ed, saya fikir ia adalah tentang perkara yang masuk akal dan realistik.”

Kecergasan Pogba merupakan faktor utama di sebalik empat kemenangan dan sekali seri dari lima perlawanan sejak musim disambung semula.

Pogba kelihatan akan meninggalk­an United buat kali kedua dalam kerjayanya sebelum pandemik COVID-19 ini.

Bagaimanap­un, minat dari Real Madrid tidak dijangka akan direalisas­ikan pada musim panas ini dan Pogba telah membentuk gandingan hebat dengan Bruno Fernandes di posisi tengah pasukan.

Kontrak Pogba akan tamat pada musim panas tahun hadapan, walaupun United mempunyai pilihan untuk melanjutka­n kontrak untuk satu tahun lagi.

“Sudah tentu kami mahu mengekalka­n pemain terbaik dalam kelab. Kami mahu membina sebuah skuad untuk masa hadapan.

“Saya tahu sejak Paul kembali beraksi, beliau kelihatan semakin bagus. Beliau menikmati bola sepaknya dan kita akan lihat di mana apa yang akan berlaku.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SERASI: Solskjaer harap kelab dapat lanjutkan kontrak Pogba yang akan berakhir tahun depan.
— Gambar AFP SERASI: Solskjaer harap kelab dapat lanjutkan kontrak Pogba yang akan berakhir tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia