Utusan Borneo (Sabah)

BERSATU sedia tanding 45 kerusi

-

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah bersedia untuk bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Ketua Badan Pimpinan Negerinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, BERSATU Sabah akan mengemukak­an calon berwibawa, berkredibi­liti dan boleh memenangi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN itu.

“Kita sudah bersiap sedia dan telah mengenal pasti 45 kawasan DUN yang akan ditandingi oleh calon BERSATU.

“BERSATU Sabah akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memperhalu­si persiapan jentera pilihan raya parti di setiap kawasan DUN Sabah,” katanya,dalam kenyataan, di sini semalam.

Hajiji juga berkata BERSATU Sabah bersedia berbincang dengan parti Perikatan Nasional (PN), UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Sabah demi mengumpul kekuatan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, BERSATU Sabah akan menawarkan manifesto dan hala tuju terbaik untuk rakyat di Sabah yang antara lain memberi fokus kepada membangun semula ekonomi negeri setelah krisis dan pandemik COVID-19.

Menurutnya, aspek lain yang akan menjadi keutamaan perjuangan BERSATU Sabah ialah memastikan hak dan kepentinga­n rakyat dan negeri Sabah terus dipertahan­kan.

Katanya, aspek keselamata­n, pendidikan, sosioekono­mi, kesejahter­aan rakyat dan negeri Sabah, selain perpaduan kaum juga merupakan keutamaan perjuangan parti itu.

“Kita akan pastikan rakyat di Sabah yang menetap di negeri ini berasa selamat, tenteram, selesa, muhibah dan sejahtera.

“Kita yakin, BERSATU akan menjadi alternatif terbaik dan diterima oleh sebilangan besar rakyat untuk menerajui negeri Sabah,” tegasnya.

Hajiji berkata, BERSATU Sabah akan melancarka­n manifesto pilihan raya sebelum tarikh penamaan calon.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sabah mengumumka­n sebanyak 73 kerusi DUN akan dipertandi­ngkan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandi­ngkan namun pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI
HAJIJI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia