Utusan Borneo (Sabah)

Farrawati tulis kisah bapa, mulanya untuk buat hadiah kejutan

-

“SAYA mahu betul membuat hadiah kejutan untuk bapa. Saya tulis buku, tidak tunjuk manuskrip pada bapa, terus saja cetak. Segala isi kandungan buku, bapa baru tahu selepas dicetak,” kata Farra di dinding facebookny­a.

“Mulanya hanya untuk bacaan cucu-cucunya mengenai kisah hidup atuk mereka, seorang guru, yang walaupun sudah lama bersara tetapi masih disanjung masyarakat,” katanya.

Walaupun sudah bersara sejak 2011, tetapi saya nampak bapa, tidak pernah bersara dari satu lagi profesionn­ya iaitu menjadi aktivis masyarakat.

Malah beliau pernah dianugerah­i Tokoh Guru Kota Belud dan Tokoh Guru Sepanjang Zaman. Farra kemudian menyusun buku berdasarka­n rujukan seperti keratan akhbar, komen di FB, blog dan sebagainya. Ia disiapkan dalam tempoh yang singkat. Hasilnya lahirlah buku setebal 157 muka surat bertajuk ‘Kisah Guru Sabli Hj Nanti Digelar Wira Masyarakat’ yang baru saja terbit Julai lalu.

Buku ini mengisahka­n seorang guru berasal dari Kota Belud, Sabli Hj Nanti yang pernah menjadi guru besar di SK Pulau Mantanani. Walaupun sudah bersara lebih sembilan tahun, tetapi namanya masih disebut-sebut bukan saja oleh anak didiknya malah oleh ibu bapa dan masyarakat di pulau itu.

Bahkan ketika diarahkan berpindah untuk kenaikan pangkat daripada guru besar kepada Penyelia Pendidikan Daerah Kota Belud, penduduk kampung keberatan melepaskan beliau berpindah malah ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah selama lebih sebulan.

Akhirnya setelah pihak jabatan campur tangan, penduduk berpuas hati dengan penyelesai­an iaitu menjadikan guru Sabli sebagai bapa angkat sekolah SK Mantanani.

GuruSablid­ianggapseb­agai wira masyarakat pulau itu kerana keperibadi­an, komitmen dan dedikasiny­a untuk menaikkan imej sekolah. Sekolah yang pernah mendapat kosong peratus dalam peperiksaa­n UPSR, berjaya memperbaik­i pencapaian hasil kepimpinan Haji Sabli.

Beliau adalah seorang yang mengambil berat hal ehwal pelajaran anak muridnya dan seorang yang akrab dan prihatin terhadap masyarakat­nya, sentiasa memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka. Sedia membantu menolong orang yang sakit, dan sering mengambil tahu kehidupan masyarakat pulau.

Beliau pernah menerima beberapa anugerah termasuk Tokoh Guru Peringkat Daerah, Guru Sepanjang Zaman dan sebagainya.

Walaupun sudah bersara sejak 2011 tetapi beliau masih aktif dalam kegiatan masyarakat. Guru Sabli boleh dijadikan sebagai contoh guru yang sentiasa dedikasi mendidik murid dan masyarakat­nya agar memiliki kesedaran betapa pentingnya pendidikan.

Buku ini ditulis oleh anaknya sendiri Farrawati Sabli.

Farrawati dilahirkan di Kampung Taun Gusi pada 24 September 1982. Beliau mendapat pendidikan di SRK Taun Gusi kemudian pendidikan menengah di SMK Agama Inanam sebelum melanjutka­n pelajaran di peringkat diploma sains di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sabah.

Beliau berkelulus­an sarjana muda Biologi Pemulihara­an dan Ijazah Sarjana dengan penyelidik­an (pemajuan biodiversi­ti) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mula menulis secaraa serius pada 2016 dan menerbitka­n sendiri dua buah buku bertajuk ‘7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup’ dan ‘Terima Kasih Ujian’. Bukunya yang terbaru ialah Ada Apa Dengan Ujian.

Buku ‘Kisah Guru Sabli Hj Nanti Digelar Wira Masyarakat’ adalah salah satu buku yang ditulis oleh Farrawati, yang kini seorang penerbit buku.

“Tiada yang lebih membahagia­kan hati ini selain membuat ibu bapa gembira. Andai ia memberi kegembiraa­n buat ayahanda, itulah kegembiraa­n pada anakanda. Semoga buku ini menjadi bacaan yang memberi inspirasi,” kata Farra.

 ??  ?? SEMOGA MEMBERI INSPIRASI: Haji Sabli membaca buku kisah hidup beliau yang ditulis oleh anaknya.
SEMOGA MEMBERI INSPIRASI: Haji Sabli membaca buku kisah hidup beliau yang ditulis oleh anaknya.
 ??  ?? KISAH GURU: Kisah guru Sabli, kenangan sewaktu berkhidmat di pulau Mantanani.
KISAH GURU: Kisah guru Sabli, kenangan sewaktu berkhidmat di pulau Mantanani.
 ??  ?? FARRAWATI
FARRAWATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia