Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen tinggi, hargai peranan PDRM

Warga IPD Ranau rakam penghargaa­n dan terima kasih kepada Jonathan

-

RANAU: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, merakam penghargaa­n dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin kerana menyumbang seekor lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ketua Polis Daerah IPD Ranau Deputi Superinten­dan Sammy Newton dalam ucapan alu-aluannya mewakili warga IPD itu, atas sumbangan Jonathan yang disifatkan suatu komitmen tinggi dan penghargaa­n terhadap peranan PDRM dalam menjalanka­n keselamata­n awam dan negara.

Menurutnya, perayaan Aidiladha merupakan perayaan kedua terbesar dalam kalendar tahunan masyarakat yang beragama Islam di seluruh dunia, bertujuan meningkatk­an perpaduan kalangan masyarakat khususnya yang beragama Islam dan agama lain serta salah satu tuntutan dalam agama Islam.

“Saya juga, mengucapka­n tahniah khususnya kepada pihak pengurusan Surau Nur Iman dan seluruh warga IPD Ranau yang beragama Islam kerana menjayakan pelaksanaa­n program ini walaupun dalam masa yang sama sibuk dengan tugasan hakiki semasa menghadapi penularan wabak COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang dikuat kuasa,” katanya.

Beliau seterusnya memohon supaya beberapa kekurangan Surau Nur Iman dapat dibantu demi kemudahan dan keselesaan para anggota IPD yang beragama Islam dan para pengunjung IPD yang seagama dengan mereka.

Menurutnya, Surau Nur Iman IPD Ranau itu dirasmikan oleh mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Haji Omar pada 2005.

Pelbagai penambahba­ikan telah dilaksanak­an untuk menjamin keselesaan masyarakat Islam sekitar khususnya warga IPD Ranau.

“Bagaimanap­un, bangunan surau ini masih lagi memerlukan penambahba­ikan kerana ia juga menjadi satu tempat persinggah­an serta tumpuan orang ramai (beragama Islam) yang mengerjaka­n ibadah,” katanya.

Terdahulu, Jonathan dalam ucapannya memuji komitmen tinggi PDRM dalam mengekalka­n keamanan negara dan menjaga ketenteram­an awam yang menjadi satu tanggungja­wab memerlukan keikhlasan dan kejujuran setiap anggota PDRM.

Jonathan menyeru kepada setiap anggota PDRM supaya menjadikan nilai-nilai murni kemanusiaa­n sebagai satu etika meskipun berlainan agama dan politik.

“Jadikan program ini sebagai memupuk nilai-nilai murni budaya berterusan di mana semua perayaan kaum di Malaysia harus dirayakan bersama serta elakkan perpecahan dan menganggap dunia ini adalah milik bersama,” katanya.

Sempena majlis itu, beliau meluluskan peruntukan RM20,000 daripada Kementeria­n Dalam Negeri untuk membiayai keperluan dan aktiviti yang difikirkan perlu dijalankan oleh pihak IPD Ranau.

Jonathan juga memaklumka­n cadangan untuk membina balai polis dan balai bomba di kawasan Kundasang selain cadangan membina pondok polis di kawasan Kaingaran Ranau.

“Bagaimanap­un, cadangan ini tertakluk kepada peruntukan daripada kerajaan Pusat,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau Lajim Haji Abdul Momin, Ketua Pegawai Perhubunga­n 1 Parlimen Ranau Daini Radani, para pegawai kanan PDRM, para anggota PDRM IPD Ranau, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Ranau serta para ahlinya.

 ??  ?? KORBAN: Upacara menyembeli­h lembu korban sempena sambutan Aidiladha oleh sebahagian anggota PDRM IPD Ranau.
KORBAN: Upacara menyembeli­h lembu korban sempena sambutan Aidiladha oleh sebahagian anggota PDRM IPD Ranau.
 ??  ?? KENANGAN: DSP Sammy (tengah) dan para pegawai kanan PDRM IPD Ranau, merakam gambar kenangan bersama Jonathan (empat kanan) dan Lajim (kiri).
KENANGAN: DSP Sammy (tengah) dan para pegawai kanan PDRM IPD Ranau, merakam gambar kenangan bersama Jonathan (empat kanan) dan Lajim (kiri).
 ??  ?? PENGHARGAA­N: DSP Sammy (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jonathan.
PENGHARGAA­N: DSP Sammy (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jonathan.
 ??  ?? ALBUM: Sebahagian anggota PDRM Wanita IPD Ranau dan ahli PERKEP sempat merakam gambar kenangan bersama Daini (berdiri depan, tengah) dan Suzey iaitu isteri DSP Sammy (berdiri, dua kiri).
ALBUM: Sebahagian anggota PDRM Wanita IPD Ranau dan ahli PERKEP sempat merakam gambar kenangan bersama Daini (berdiri depan, tengah) dan Suzey iaitu isteri DSP Sammy (berdiri, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia