Utusan Borneo (Sabah)

Jayakan usaha keselamata­n negara bersama: ESSCom

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengulangi gesaan kepada masyarakat yang tinggal di pulau-pulau agar tidak bersekongk­ol dengan menjadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan.

Pengarah Khidmat Keurusetia­an ESSCom Raymie Amiril berkata, kerjasama perlu dijayakan bersama kerana keselamata­n dan keamanan negara telah menjadi tanggungja­wab bersama.

“Kerjasama dan bantuan daripada semua pihak adalah amat penting bagi merealisas­ikan keamanan dan kesejahter­aan di negara ini.

“Justeru kita perlulah lebih berhati-hati dan berwaspada daripada dieksploit­asikan oleh pihakpihak yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pulau Sakar, di sini, semalam.

Beliau seterusnya mengajak masyarakat di pulaupulau memberi kerjasama kepada pasukan keselamata­n dengan manjadi mata dan telinga ESSCom.

Katanya, tindakan segera perlu dilakukan dengan melaporkan sebarang elemen atau kejadian yang boleh mendatangk­an ancaman keselamata­n kepada ESSCom.

“Penduduk di Pulau Sakar juga diseru agar tidak melindungi atau bersekongk­ol dengan penjenayah rentas sempadan mahupun pendatang asing tanpa izin yang dilihat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan jenayah penyeludup­an dan aktiviti lain yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kg. Lok Terusan, Pulau Sakar Abdul Razak Halmain berkata, sumbangan dua ekor lembu untuk melaksana ibadah korban itu amat dihargai penduduk di pulau itu.

“Sumbangan ini amat kami hargai dan saya mewakili penduduk di sini menghargai sumbangan ini untuk melaksana ibadah korban seterusnya diagih kepada penduduk sekitar pulau ini,” katanya.

Ketua Staf Udara ESSCom Brig. Jen Ayub Khan Mohd Khan telah menyempurn­akan upacara penyembeli­han dan dilapah secara bergotong-royong bersama penduduk yang hadir.

Dua ekor lembu itu disumbangk­an warga ESSCom dan dagingnya diedarkan kepada lebih 100 golongan asnaf di sekitar Pulau Sakar.

 ??  ?? DAGING KOBAN: Raymie (dua kanan) menyerahka­n daging korban kepada salah seorang penerima di kampung berkenaan.
DAGING KOBAN: Raymie (dua kanan) menyerahka­n daging korban kepada salah seorang penerima di kampung berkenaan.
 ??  ?? KERJASAMA: Anggota keselamata­n dan penduduk kampung bekerjasam­a memotong daging lembu korban sebelum diagihkan kepada penerimany­a.
KERJASAMA: Anggota keselamata­n dan penduduk kampung bekerjasam­a memotong daging lembu korban sebelum diagihkan kepada penerimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia