Utusan Borneo (Sabah)

RM50,000 diperuntuk kepada Masjid Darul Aman Kampung Gum-Gum baiki lantai masjid

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pengerusi Penggerak Komuniti Libaran Jaffari Waliam telah menyampaik­an peruntukan RM50,000 untuk Masjid Darul Aman Kampung GumGum.

Beliau berkata peruntukan dari Kerajaan Persekutua­n itu disampaika­n kepada pihak jawatankua­sa masjid bagi membaik pulih lantai masjid.

“Lantai masjid itu yang kini menggunaka­n karpet digantikan kepada Jubin (mozek),” katanya ketika selepas penyerahan cek kepada Masjid Darul Aman Kampung GumGum, semalam.

Jaffari yang sebelum ini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, waktu majlis berkhatan tahun lepas di mana dia telah mengumumka­n peruntukan ini bagi menggantik­an lantai masjid berkenaan.

“Alhamdulil­lah… peruntukan yang kita mohon daripada kerajaan Persekutua­n telah pun diluluskan dan kita serahkan kepada pihak masjid bagi membaik pulih lantai masjid berkenaan,” katanya.

Mengenai majlis perlaksana­an ibadat korban di Masjid Nurul Aman, beliau berkata aktiviti penyembeli­han dan pengagihan daging korban dilaksanak­an dengan mematuhi prosedur operasi standar (SOP) yang ditetapkan.

“Kita dapat menunaikan niat kita untuk menjalanka­n ibadat korban dan mengagihka­n daging korban itu kepada asnaf,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Darul Aman Kampung Gum Gum Amid @ Amit Dullahman berkata, 20 ekor lembu dikorbanka­n sepanjang dua hari ini.

“Kita mengikut SOP yang kerajaan ditetapkan dimana 10 ekor lembu dikorbanka­n kelmarin dan hari ini, 10 ekor lagi,” katanya.

Amid berkata, lembulembu ini adalah sumbangan wakil-wakil rakyat iaitu Jaffari Waliam dan Datuk Zakaria Edris serta individu.

“Kita menyasarka­n lebih 1000 golongan asnaf di Kampung Gum-Gum dan PPR Taman Sri Gum-Gum akan menerima daging korban berkenaan yang disediakan oleh dua buah masjid iaitu Masjid Nurul Aman dan Masjid Al-Taqwa Gum-Gum,” katanya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Jaffari (tiga kiri) menyampaik­an cek kepada jawatankua­sa masjid sambil diperhatik­an oleh Amid (dua kanan).
SIMBOLIK: Jaffari (tiga kiri) menyampaik­an cek kepada jawatankua­sa masjid sambil diperhatik­an oleh Amid (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia