Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pemimpin sumbang lembu korban kepada masjid dan surau di Parlimen Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pemimpin di daerah Sandakan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan komuniti Islam di sini dengan menghadiri majlis ibadah korban di Kampung Pulau Berhala, kelmarin.

Program berkenaan dianjurkan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah dan dihadiri Menterinya Datuk Frankie Poon, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong dan wakil dari Masjid Daerah Sandakan, Masjid Jamek Bandar, Surau AlFurqan, Masjid Jamek Nur Islam Pulau Berhala dan Surau Nurul Iman Seri Pantai Pulau Berhala.

Sebanyak 11 ekor lembu disumbangk­an Frankie dan Vivian kepada lima masjid dan surau dalam Parlimen Sandakan.

Ketua Kampung Berhala Darat Sim-Sim, Abdul Lasaid Baraham yang mewakili Masjid Daerah Sandakan menerima lembu berkenaan, merakam penghargaa­n kepada wakil delegasi menteri dan Vivian untuk derma ikhlas daripada mereka itu.

Pihak masjid berkenaan akan mengagihka­n daging lembu yang diterima itu kepada kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Sim-Sim dan kawasan Berhala.

Sebagai tambahan, Vivian bersama penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong juga menyampaik­an tujuh ekor lembu lagi untuk kawasan Elopura.

Lembu berkenaan disumbangk­an kepada masjid di Taman Harmoni, Taman Mesra, Sri Taman, Taman Indah Jaya, BDC, Kampung Forest dan Kampung Mangkalina­u.

Mengenai program itu, Vivian menyatakan walaupun tinggal di negeri berbilang bangsa, kaum dan etnik tetapi tiada masalah perselisih­an faham antara kaum.

“Malah kami mengambil kesempatan sambutan perayaan untuk memupuk hubungan silaturahi­m antara satu sama lain,” katanya.

Vivian juga mengimbas semula sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Pulau Berhala kali pertama pada awal tahun ini yang dianjurkan oleh Parlimen Sandakan adalah salah satu contoh kepada masyarakat supaya saling menghormat­i dan merayakan perayaan bersama.

Beliau juga mengingatk­an kepada semua yang hadir untuk mengekalka­n prosedur operasi standard (SOP) semasa merayakan hari istimewa ini bersama keluarga dan rakanrakan.

“Cara hidup norma baharu ini kekal di sini. Jadi pastikan anda memakai pelitup muka, mengamalka­n penjarakan fizikal dan memastikan tangan anda bersih. Kita akan meraikan musim perayaan ini dalam norma baharu,” katanya.

 ??  ?? MEMBANTU: Vivian turut bersama-sama masyarakat Islam memotong daging lembu sebelum diagihkan.
MEMBANTU: Vivian turut bersama-sama masyarakat Islam memotong daging lembu sebelum diagihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia