Utusan Borneo (Sabah)

Christina lawat 11 majlis di Tawau sempena sambutan Hari Raya Aidiladha

- Oleh Yap Siong Han

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew melawat 11 masjid di sekitar bandar itu sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat.

Antara masjid yang dikunjungi beliau ialah Masjid Nur Sulaisah Batu 15, Masjid Nurul Awal Kg Sg Apas, Masjid Jamek Kg Ranggu, Masjid Taufiq Al-Hidayah Kg Apas Parit, Masjid Nurul Falah Kg Membalua, Masjid Nurul Hidayah Kg Batu Payung, Masjid Saydina Abu Bakar Kg Tinagat, Masjid Al-Ehsan Kg Tinagat, Masjid Sirotul Mustaqim, Masjid Al-Khauthar Bandar Tawau dan Masjid Babul Khair Kg Titingan.

Ketika dalam lawatan sehari beliau, Christina turut menyerahka­n tikar sembahyang dan daging lembu kepada komuniti Muslim di sekitarnya sempena dengan sambutan berkenaan, seterusnya menyempurn­akan Program Hari Raya Haji Korban di Masjid Sirotul Mustaqim.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Apas Mohd Shafiee Banjar, Pengerusi Masjid Sirotul Mustaqim Hj Sidik Ismail turut serta dalam majlis berkenaan.

Ketika menyampaik­an ucapan, Christina menjelaska­n sumbangan berkenaan sangatlah bersesuaia­n sempena dengan Hari Raya Aidiladha.

“Saya akan membawa lebih banyak pelitup muka kepada masyarakat di sini pada kunjungan saya akan datang. Bermula 1 Ogos, penggunaan pelitup muka adalah mandatori di tempat awam,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut melancarka­n papan tanda masjid di Kg Sungai Apas, Kg Apas Parit, Kg Membalua, Kg Batu Payung dan Kg Tinagat.

Parlimen Tawau terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Apas, Balung dan Sri Tanjung.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Tawau Fung Thin Yein, Pegawai Perhubunga­n Robert Penggai, Kapitan Cina Chin Chong Min serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? RASMI: Christina (kanan) melancarka­n papan tanda lokasi Masjid Nurul Hidayah di Kg Batu Payung.
RASMI: Christina (kanan) melancarka­n papan tanda lokasi Masjid Nurul Hidayah di Kg Batu Payung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia