Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan Perintah Bayaran Keluar dan Masuk diteruskan

Malaysia berterima kasih kepada Brunei kerana bersetuju menangguhk­an pelaksanaa­n perintah itu: Awang Tengah

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Malaysia meneruskan rundingan dan perbincang­an bersama Brunei Darussalam selepas Perintah Bayaran Keluar dan Masuk 2020 yang sepatutnya dilaksanak­an negara jiran itu semalam ditangguhk­an pada 1 Oktober depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Malaysia melalui Kerajaan Sarawak berterima kasih kepada Brunei kerana bersetuju menangguhk­an pelaksanaa­n perintah itu seperti dikeluarka­n Melalui Kementeria­n Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei sebelum ini.

“Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk 2020 Negara Brunei itu sepatutnya dilaksanak­an hari ini (semalam) tetapi ditangguhk­an pada 1 Oktober depan.

“Penangguha­n ini bagi membolehka­n rundingan dalaman dan perbincang­an bersama Kerajaan Malaysia diteruskan bagi menilai dan meneliti perkara-perkara yang saya bangkitkan melalui surat yang saya tulis sebelum ini iaitu pada 20 Julai lalu kepada Brunei,” katanya pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Limbang semalam.

Turut sama Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen

“Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk 2020 Negara Brunei itu sepatutnya dilaksanak­an hari ini (semalam) tetapi ” ditangguhk­an pada 1 Oktober depan.

Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Ketua Imigresen Bahagian Limbang (JIBL) Khalthom Ahmad.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Usahawan itu berkata Malaysia khususnya Sarawak amat menghargai hubungan rapat kedua-dua negara berjiran itu.

“Sarawak mengucapka­n terima kasih kepada Negara Brunei dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Brunei Darussalam Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof.

“Saya menerima surat daripada Erywan pada 30 Julai lalu menyatakan keputusan Brunei menangguhk­an perintah pembayaran pada surat tersebut,” katanya.

Kementeria­n Kewangan dan Ekonomi Brunei dalam kenyataann­ya berkata caj dikenakan kepada warganegar­a termasuk Brunei hendak keluar atau masuk ke Brunei melalui pos kawalan darat menggunaka­n kenderaan atau berjalan kaki dengan kadar caj BND3 seorang setiap satu hala perjalanan.

Manakala bagi perjalanan ulang-alik ke Miri, Sarawak akan dikenakan BND6 seorang.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? TERUSKAN RUNDINGAN: Awang Tengah (tiga kiri) bersama Khalthom (dari kiri), Dr Abdul Rahman dan Ahmad Denney di Lapangan Terbang Limbang semalam.
TERUSKAN RUNDINGAN: Awang Tengah (tiga kiri) bersama Khalthom (dari kiri), Dr Abdul Rahman dan Ahmad Denney di Lapangan Terbang Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia