Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Tamu Betong yang baharu mula dibuka

-

BETONG: Bermula 1 Ogos, Pasar Tamu Betong yang baharu mula dibuka untuk memberi kemudahan kepada penduduk Betong dengan lebih selesa.

Meskipun perancanga­n asal dibuka pertengaha­n September berikutan pandemik COVID-19 namun pelaksanaa­n teliti membolehka­n ia dapat digunakan lebih awal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu memuji kesediaan dan persiapan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi komitmen jitu sehingga pasar tamu baharu itu dapat beroperasi.

“Dengan pembukaan Pasar Tamu Betong yang baharu ini, kita dapat menempatka­n penjaja-penjaja yang tidak ada tempat khas di tapak lama.

“Saya benar-benar berharap penjaja dapat memanfaatk­an ruang diberikan dengan seoptimum mungkin dan menggunaka­n peluang diberikan berusaha menyediaka­n jualan masing-masing.

“Pada masa sama tapak disediakan dapat menjadi tempat mereka mencari rezeki dan menjadi tarikan baharu di Betong,” katanya menerusi WhatsApp berhubung operasi Pasar Tamu Betong semalam.

Menurutnya, walaupun hanya 96 tapak meja disediakan penjaja namun ruang lebih banyak diperlukan kerana lebih dari jumlah tersebut penjaja yang berminat berniaga.

“Bagaimanap­un kita bersama Majlis Daerah Betong (MDB) akan berusaha menempatka­n mereka kekal berniaga setiap hari. Kita juga berusaha mengagihka­n tempat berniaga hujung minggu.

“Pada masa cabaran wabak COVID-19 ini, saya juga ingin mengingatk­an supaya prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan dikeluarka­n dipatuhi,” jelasnya.

Rentap berkata, untuk memastikan keadaan sentiasa selamat semua pihak perlu menjaga kesihatan dan kebersihan agar dijauhi daripada sebarang penyakit.

“Saya mohon semua warga Betong mengamalka­n sikap kesedaran tinggi supaya menjaga kelestaria­n bandar Betong,” katanya.

 ??  ?? MULAI DIBUKA: Pasar Tamu Betong yang baharu mula beroperasi semalam.
MULAI DIBUKA: Pasar Tamu Betong yang baharu mula beroperasi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia