Utusan Borneo (Sabah)

Kebersihan elak penularan penyakit berjangkit: Harden

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mahu program gotongroyo­ng dijadikan aktiviti budaya masyarakat di negeri ini bagi memastikan persekitar­an sentiasa bersih serta bebas penularan penyakit berjangkit.

Menurutnya, amalan seperti itu perlu diterapkan semua golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur sama ada kanak-kanak mahupun dewasa.

“Masyarakat kini sedar aspek kebersihan adalah satu elemen sangat penting dalam kehidupan manusia dan perlu diterapkan dalam kehidupan setiap masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong-Royong Kebersihan anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang dengan kerjasama Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di Taman Perumahan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa II, Sentosa Indah di sini dan rumah Lot 2077 milik Yong Geok Choo.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, tanpa persekitar­an bersih dan selamat mudah pelbagai penyakit menular dan menjangkit­i manusia.

“Dalam negara masih berdepan pandemik COVID19, masyarakat negeri ini seharusnya berganding bahu bersama kerajaan membendung penularan wabak ini,” jelasnya.

Turut sama Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Regina Giles Senin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an MDSA Fiona Bunu, Timbalan Pengerusi MDSA Kaunselor Andar Suntai, Temenggung Kueh Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Tiong Chong Onn serta Pengerusi Pengelola Program Kapitan Lai Joon Phin.

Program itu dihadiri sekitar 50 masyarakat setempat dari taman perumahan terbabit.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Harden (kiri) bersama penduduk Taman Perumahan RPR Fasa II, Taman Sentosa menyertai program gotong-royong.
GOTONG-ROYONG: Harden (kiri) bersama penduduk Taman Perumahan RPR Fasa II, Taman Sentosa menyertai program gotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia