Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Dimasukkan ke hospital, langkah berjaga-jaga

- DR CHIN

KUCHING: Mengapa individu yang dirujuk dan dimasukkan ke hospital serta dikaitkan dengan kes positif COVID-19 tetapi tidak diambil kira sebagai kes dalam laporan harian Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)?

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing yang menjawab persoalan ini berkata ia antara langkah berjaga-jaga pihaknya untuk melakukan siasatan lanjut ke atas manamana kes yang masih disyaki dan bagi tujuan ujian saringan ulangan dapat dijalankan.

“Tujuan saringan semula dibuat adalah untuk memastikan mereka ini benar-benar bebas daripada jangkitan COVID-19.

“Tujuan mereka dirujuk dan dimasukkan ke dalam wad hospital adalah untuk memastikan merekatida­kakanmereb­akkan jangkitan kepada orang lain, terutama kepada ahli keluarga mereka sendiri yang tinggal serumah sekiranya mereka disahkan positif COVID-19,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Selain orang ramai, persoalan itu baru-baru ini dicatat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong menerusi Facebook yang merujuk kepada kes anak saudara kawannya.

Dr Chin menjelaska­n lagi, semasa berada di wad hospital, golongan terbabit juga diasing dan tidak ditempatka­n bersama kes-kes sah dijangkiti COVID-19 bagi mengelakka­n jangkitan di hospital.

Mengenai jumlah kes harian yang tinggi pada 28 Julai disebabkan pada 26 dan 27 Julai Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak melakukan aktiviti saringan secara aktif melibatkan kluster aktif di daerah Kuching.

Hasilnya, banyak dalam kalangan mereka yang dikenal pasti diambil swab untuk ujian dan terdapat sebilangan daripada mereka positif COVID-19.

Dua puluh lima kes COVID-19 dilaporkan pada 28 Julai manakala tiada kes pada 29 Julai.

“JKN Sarawak ingin mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 ini.

“JKN Sarawak juga ingin menasihati orang ramai agar tidak leka, malah terus kekal berwaspada untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Pastikan saranan dan nasihat kesihatan serta SOP diamalkan pada setiap masa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia