Utusan Borneo (Sabah)

PVATM Limbang santuni ahli veteran yang terlantar sakit

-

LIMBANG: 31 Julai setiap tahun menjadi tarikh keramat bagi meraikan pengorbana­n perajurit negara yang berjuang demi tanah air dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan.

Sehubungan itu Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Limbang menyantuni ahli veteran yang terlantar sakit di rumah melalui lawatan tujuh rumah veteran yang ada di daerah ini termasuk menjejaki mereka di luar bandar kelmarin.

Ketua Cawangan PVATM Junaidi Kamit berkata perajurit negara perlu dikenang dalam sama-sama meraikan Hari Pahlawan yang disambut pada setiap tahun.

“PVATM Limbangi menyambut Hari Pahlawan tahun ini dengan mengadakan program lawatan ke rumah-rumah balu veteran dan kunjungan kasih terus ke rumah veteran yang terlantar sakit di rumah.

“Pada lawatan sama kita menyampaik­an sumbangan berupa kerusi roda, tongkat, hamper dan bantuan kewangan kepada ahli veteran yang memerlukan,” katanya kepada media semalam.

Junaidi berkata sumbangan kerusi roda yang disampaika­n kepada ahli veteran adalah daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak dan daripada Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

“Manakala sumbangan tongkat dan hamper ini adalah hasil sumbangan daripada orang ramai termasuk agensi swasta dan kakitangan kerajaan yang mana PVATM Cawangan Limbang juga melancarka­n kempen kutipan tabung pahlawan 2020 sebelum ini.

“Hasil daripada kutipan tersebut kita agihkan kepada veteran-veteran yang kurang upaya dan memerlukan,”ujarnya.

Seramai 25 ahli jawatankua­sa PVATM Limbang turut serta dalam melaksanak­an program yang turut dihadiri Pengerusi Tetapnya Matusin Bakar dan Bendahari Cawangan Sharir Abdullah.

Antara lokasi lawatan melibatkan kawasan kediaman veteran yang terletak di kawasan Kubong, Pengkalan Jawa, Batu Danau, Kampung Limpaki, Malagangai, perumahan Rangau dan kawasan bandar.

 ??  ?? KENANG PERAJURIT: Junaidi (lima kiri) dan Mat Usin menyaksika­n Sharir (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan hamper kepada balu mendiang Temenggung Jarum di Limbang kelmarin.
KENANG PERAJURIT: Junaidi (lima kiri) dan Mat Usin menyaksika­n Sharir (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan hamper kepada balu mendiang Temenggung Jarum di Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia