Utusan Borneo (Sabah)

Ting berpuas hati dengan aturan pasar tamu hujung minggu

-

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting berpuas hati dengan aturan pasar tamu hujung minggu yang baharu beroperasi di Taman Indah, Teku, semalam.

Menurutnya, sebelum pergi ke pasar tamu tersebut, beliau mendapati kawasan tersebut menghadapi masalah parkir kenderaan.

“Saya dapat mengatakan bahawa sambutanny­a baik. Saya hanya berharap pada masa ini dengan sebanyak 114 gerai beroperasi, para penjaja dapat menjalanka­n rutin harian mereka di tempat baharu ini,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas mengadakan tinjauan ke pasar tersebut.

Turut mengiringi­nya ialah Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil MPS Kaunselor Albert Tiang dan Ahli Majlis (Kaunselor) yang bertanggun­gjawab ke atas pasar tersebut Kaunselor Lim Tiong Guan.

Prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanak­an berjalan lancar di dua pintu masuk pasar tersebut termasuk pemeriksaa­n suhu badan serta pendaftara­n MySejahter­a dan CovidTrace.

Ting berkata, ketika beliau meninjau keadaan pasar tamu itu, beliau diberitahu oleh penjaja tertentu bahawa mereka berpuas hati mempunyai tempat yang lebih baik.

Beliau lega mendengar sambutan yang baik kerana kawasan tamu itu mampu menampung lebih daripada 200 gerai.

Tetapi disebabkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya, pada masa ini MPS hanya membenarka­n 114 gerai beroperasi bagi memudahkan penjarakan fizikal.

“Apabila PKPP tamat, kami akan membenarka­n para penjaja yang mengajukan permohonan sebelum ini datang berniaga di sini.

“Saya gembira kerana penduduk Sibu juga datang ke sini dan ia tidaklah terlalu jauh,” tambah Ting.

Sementara itu, Tiang mengatakan sambutan terhadap pasar tamu hujung minggu di lokasi baharu itu adalah luar biasa dan rata-rata penjajanya bekerjasam­a dalam mematuhi SOP.

“Saya telah menghubung­i beberapa peniaga di mana mereka berpuas hati dengan persekitar­an yang luas. Buat masa ini kami akan memperbaik­i infrastruk­tur seperti bekalan air dan masalah tempat letak kenderaan.

“Sekarang, kami hanya melakukann­ya dalam perkhidmat­an percubaan. Kami secara beransur-ansur akan memperbaik­inya. Setelah bekalan air ada, kami akan memasang tandas bergerak.

“Sehubungan itu juga kami akan menasihati para peniaga kedai kopi di kawasan sekitarnya untuk membenarka­n para penjaja atau pengguna menggunaka­n tandas mereka buat sementara waktu ini,” katanya.

Tiang memberitah­u, terdapat 342 tempat letak kenderaan di kawasan ini pada masa ini.

“Jika sejumlah besar kereta datang pada satu masa, tempat letak kereta tidak akan mencukupi. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesai­kannya,” tambahnya.

Pasar tamu hujung minggu yang sebelumnya terletak di Jalan Mahsuri beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 11 pagi pada hari setiap hari Sabtu dan Ahad.

Operasi dihentikan sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu dan semalam ia baharu beroperasi di tempat baharu.

 ??  ?? TINJAU: Ting (dua kanan) serta yang lain ketika meninjau pasar tamu hujung minggu yang baharu beroperasi semalam di Taman Indah, Teku.
TINJAU: Ting (dua kanan) serta yang lain ketika meninjau pasar tamu hujung minggu yang baharu beroperasi semalam di Taman Indah, Teku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia