Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan semalam

-

KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak kekal sebanyak 678 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata terdapat 10 kluster masih aktif setakat ini.

Kluster yang masih aktif adalah Kluster Syarikat Kejuteraan, Kluster Mambong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jupiter, Kluster Pasar Stutong, Kluster Jeti Kuching, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne,

Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok.

“Dimaklumka­n juga 12 kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini (semalam).

“Daripada jumlah kes tersebut, lapan kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS), tiga Hospital Bintulu dan satu kes dari Hospital Sungai Buloh.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat ini adalah seramai 591 orang atau 87.17 peratus,” katanya.

Dalam pada itu seramai 68 pesakit masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.8 peratus.

Semalam juga sebanyak dua kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiga kes masih menunggu ujian makmal.

Manakala seramai 49 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin menjadikan jumlah keseluruha­n PUS di 11 hotel adalah seramai 685 orang.

Daerah Kuching masih berstatus merah, empat daerah iaitu Serian, Lundu, Bau dan Samarahan berstatus kuning manakala daerahdaer­ah lain berstatus hijau.

Pihak polis dalam pada itu telah mengeluark­an sebanyak 18 notis kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu masing-masing tujuh di Miri, enam di Kuching, dua di Samarahan dan Padawan dan satu di Limbang.

Manakala sebanyak 12 tangkapan bukan warganegar­a yang tidak mematuhi SOP di Sibu masing-masing enam dari China dan Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia