Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan sesak berisiko penularan wabak COVID-19 Seseorang berisiko dijangkiti jika berada di kawasan sesak walaupun guna penutup hidung dan mulut

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Seseorang itu masih berisiko dijangkiti wabak COVID-19 jika berada di kawasan sesak dengan orang ramai walaupun menggunaka­n penutup hidung dan mulut.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee berkata penggunaan penutup hidung dan mulut mampu memberi perlindung­an kepada si pemakai di tempat sesak namun tiada jaminan perlindung­an 100 peratus terhadap jangkitan.

Dalam hal ini, beliau mengingatk­an orang awam perlu mematuhi 3C iaitu mengelakka­n tempat sesak (crowded places), ruang terbatas (confined places) dan perbualan dekat (close conversati­ons).

“Kita harus menghindar­i pergi ke tempat-tempat sesak seboleh mungkin.

“Tetapi sekiranya ini tidak dapat dielakkan, kita harus memakai penutup hidung dan mulut melindungi diri dan orang lain daripada kemungkina­n jangkitan COVID-19,” katanya ditemui di Surau Darul Islam di Jalan Bandong di sini semalam.

Mengenai pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha ke kawasan Nangka, beliau berkata sebuah pusat pengedaran mengendali­kan kerja-kerja mengagihka­n kepada mereka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19.

Menurut Dr Annuar, anggota PBB di sini membantu mengagihka­n daging korban kepada kira-kira 923 orang memerlukan.

“Sebanyak 23 ekor lembu disembelih pada Hari Raya

“Kita harus menghindar­i pergi ke tempat-tempat sesak seboleh ” mungkin. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Aidiladha di sini, meliputi 23 kawasan.

“Sudah tentu beberapa kawasan mempunyai lebih daripada seekor lembu kerana mereka menganjurk­an acara itu atas inisiatif mereka sendiri,” katanya.

 ??  ?? KORBAN: Dr Annuar (berdiri, tiga kiri) melawat stesen penyembeli­han lembu korban di Jalan Bandong, Sibu semalam.
KORBAN: Dr Annuar (berdiri, tiga kiri) melawat stesen penyembeli­han lembu korban di Jalan Bandong, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia