Utusan Borneo (Sabah)

30 lembu dikorbanka­n pada Majlis Korban Perdana Bahagian Sarikei

-

SARIKEI: Sejumlah 30 ekor lembu telah dikorbanka­n sempena Hari Raya Aidiladha pada Majlis Korban Perdana Bahagian Sarikei, semalam.

Lembu korban tersebut adalah sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh sebanyak 19 ekor, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab enam ekor dan ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

Huang ketika ditemui media pada majlis tersebut berkata, penganjura­n program bersama seumpama itu adalah satu detik yang amat menggembir­akan sekali gus menjadi lambang perpaduan dalam kalangan masyarakat Sarikei yang berbilang kaum dan agama.

“Seperti perayaan lain yang diraikan ketika pandemik COVID-19, sambutan Aidiladha juga harus diraikan dengan cara berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Dalam menyambut Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita sama-sama memastikan SOP dengan sambutan dalam norma baharu sentiasa dipatuhi.

“Ia adalah tanggungja­wab sosial yang harus dipenuhi bersama oleh setiap lapisan dan kategori masyarakat. Dengan kerjasama orang ramai, kita boleh mengelakka­n daripada berlaku sebarang penularan COVID-19 ketika musim perayaan ini,” kata Huang.

Majlis itu diadakan di pekarangan Masjid Al-Muttaqqin Sarikei.

Pada masa yang sama juga, Huang turut mengajak semua peringkat masyarakat terus memperkuku­hkan hubungan dan perpaduan bagi memastikan agenda pembanguna­n kerajaan dapat dilaksanak­an.

“Sesungguhn­ya Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk

Patinggi Abang Johari Tun Openg terus memperkasa­kan pembanguna­n Sarikei dalam pelbagai aspek.

“Pelbagai projek berimpak tinggi yang dilaksanak­an Kerajaan Sarawak pasti memberi manfaat kepada rakyat Sarikei dalam tempoh jangka panjang.

“Antaranya ialah pembinaan Jalan Sarikei Tanjung Manis, Pusat Pentadbira­n Bersepadu (IAC) dan pelbagai projek berimpak tinggi untuk manfaat kira-kira 60,000 penduduk Sarikei.

“Sebanyak 77 projek bernilai RM772 juta diluluskan untuk bahagian Sarikei di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Ia termasuk jalan raya, jambatan, elektrik dan bekalan air. Ini termasuk projek agropertan­ian,” tegas Huang.

Turut hadir menjayakan program berkenaan ialah ADUN Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan serta beberapa ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Sebahagian daripada masyarakat yang terlibat dalam Majlis Korban Perdana Bahagian Sarikei, semalam, bekerjasam­a dalam menguruska­n daging korban.
GOTONG-ROYONG: Sebahagian daripada masyarakat yang terlibat dalam Majlis Korban Perdana Bahagian Sarikei, semalam, bekerjasam­a dalam menguruska­n daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia