Utusan Borneo (Sabah)

Patuhi arahan pihak berkuasa untuk kekal Zon Hijau, kata Ting

-

MIRI: Kerjasama penduduk di sini mematuhi arahan pihak berkuasa dengan mengamalka­n penjarakan fizikal dan menggunaka­n pelitup muka di tempat awam memastikan bahagian Miri terus dalam status Zon Hijau pandemik COVID-19.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting menggesa penduduk di sini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi keselamata­n semua pihak.

“Penting kita semua mematuhi peraturan. Kita di sini (Miri) telah 82 hari sebagai

Zon Hijau dan ini adalah amat baik. Oleh itu, kita perlu berperanan memutuskan rantaian wabak ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Miri adalah bandar raya pertama di Sarawak diisytihar­kan Zon Hijau diumumkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri pada 10 Mei lalu. Bermula 1 Ogos, penduduk diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan sesak.

Denda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dikenakan sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Mengulaste­ntangsambu­tan Hari Raya Aidiladha diraikan kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu memuji kerjasama penduduk mematuhi SOP sambutan perayaan.

“Semangat perayaan itu tetap ada walaupun kita dalam norma baharu sekarang,” jelasnya yang turut dijemput ke surau dan masjid di sini mengagihka­n daging korban.

Ting berkata, sambutan Hari Raya Korban juga diraikan untuk berkongsi kasih sayang dan rezeki khasnya kepada golongan memerlukan.

Pada tahun ini, beliau menyumbang peruntukan untuk enam kampung di sini membeli masing-masing seekor lembu. Penerima ialah Kampung Pulau Melayu, Lereng Bukit, Haji Wahed, Wireless, Luak dan Senadin Jaya.

“Aktiviti ini bermula semalam (31 Julai) di Kampung Pulau Melayu dan diteruskan esok (2 Ogos),” jelas Ting.

Semalam, lebih 100 penduduk termasuk golongan ibu tunggal, miskin dan warga emas dari Kampung Senadin Jaya menerima sumbangan daging korban.

 ??  ?? AGIH: Ting dan KK Senadin Jaya, Raamah Hamdan menunjukka­n daging korban yang diagihkan kepada penduduk.
AGIH: Ting dan KK Senadin Jaya, Raamah Hamdan menunjukka­n daging korban yang diagihkan kepada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia