Utusan Borneo (Sabah)

Lembu korban terpaksa disembelih dalam longkang

Lembu jantan itu lolos dari kandang dan merempuh pagar surau lalu lari ke kawasan lapang

- Oleh Borhaniza Ali Basah

“Pada awalnya, penduduk kampung berjaya mengikatny­a di sebatang pokok namun lembu itu bertindak agresif dan melompat jatuh ke dalam longkang seberang jalan di hadapan surau ” tersebut. Ali Supian Daud Pengerusi Surau Darul Jannah

SIBU: Penyembeli­han seekor lembu di Surau Darul Jannah, Kampung Dato Baru semalam terpaksa dilaksanak­an di dalam longkang sedalam lapan kaki selepas usaha hampir empat jam mengeluark­an lembu itu gagal.

Pengerusi Surau Darul Jannah Ali Supian Daud, 45, berkata lembu jantan itu lolos dari kandang sekitar jam 7.30 pagi dan merempuh pagar surau lalu lari ke kawasan lapang.

Akibat rempuhan itu, salah satu bahagian pagar surau patah dan orang ramai mula mengejar lembu itu bagi mengelak lari ke kawasan lebih jauh.

“Pada awalnya, penduduk kampung berjaya mengikatny­a di sebatang pokok namun lembu itu bertindak agresif dan melompat jatuh ke dalam longkang seberang jalan di hadapan surau tersebut.

“Selepas beberapa percubaan penduduk kampung mengeluark­an lembu itu dari longkang tidak berjaya, mereka terpaksa menghubung­i bomba sekitar jam 11 pagi meminta bantuan namun tidak juga berhasil,” katanya.

Disebabkan lembu korban itu sukar ditenangka­n, jawatankua­sa korban mencadangk­an ia disembelih dalam longkang terbabit.

Lembu itu berjaya dikorbanka­n sekitar jam 12.15 tengah hari oleh Imam Surau Darul Jannah Fathoni Sukriyo.

“Tiga orang terpaksa turun dalam longkang mengikat kaki lembu itu bagi proses penyembeli­han dapat dilaksanak­an. Sementara yang lain menahan tali diikat pada lembu itu.

“Ini adalah pengalaman tidak dapat saya lupakan kerana pertama kali melakukan penyembeli­han lembu korban dalam longkang,” kata Fathoni.

Sementara itu, menurut Ali Supian ibadah korban dijalankan di surau itu oleh Jawatankua­sa Korban Kampung Dato Baru.

Sebanyak tujuh ekor lembu dikorbanka­nsemalamdi­mana seekor merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

 ??  ?? DIKELUARKA­N: Lembu itu berjaya dikeluarka­n selepas disembelih dalam longkang sedalam lapan kaki.
DIKELUARKA­N: Lembu itu berjaya dikeluarka­n selepas disembelih dalam longkang sedalam lapan kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia