Utusan Borneo (Sabah)

Tiga ekor lembu, seekor kambing dikorbanka­n di IPK Sarawak

-

KUCHING: Sebanyak tiga ekor lembu dan seekor kambing dikorbanka­n di pekarangan Surau Darul Ibadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan saudara baharu daripada warga polis terbabit.

Aktiviti penyembeli­han itu bermula kira-kira jam 7 pagi dan dilaksanak­an mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinjen Sarawak ACP Roslan Tahir berkata, tahun ini tiga ekor lembu dan seekor kambing telah dikorban hasil sumbangan daripada beberapa individu.

“Antara mereka yang menyumbang ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

“Daging-daging ini akan kita agihkan kepada golongan asnaf dan saudara baharu daripada kalangan warga IPK Sarawak yang telah dikenal pasti,” katanya ketika ditemui pada program Ibadah Korban Peringkat Kontinjen Sarawak di sini, semalam.

Menurutnya,program seumpama ini telah dilaksanak­an sejak kira-kira 10 tahun dan kali terakhir ia dijalankan pada 2018.

“Tahun lalu tidak ada (dilaksanak­an) tapi tahun ini, kita berjaya mengadakan­nya sekali lagi atas sumbangan daripada orang ramai.

“Oleh itu kita mengucapka­n terima kasih kepada penyumbang yang memberi sumbangan pada hari ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, seramai 40 sukarelawa­n terdiri daripada warga IPK Sarawak telah bergotong-royong menjayakan program anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Sarawak dengan kerjasama Ahli Jawatankua­sa Surau Darul Ibadah.

Kerja-kerja menyembeli­h lembu dan kambing serta melapah daging berjalan dengan lancar.

 ??  ?? IBADAH: Roslan (dua kanan) mengagih daging korban kepada penerima.
IBADAH: Roslan (dua kanan) mengagih daging korban kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia