Utusan Borneo (Sabah)

JTS Bintulu laksana program ibadah korban dan akikah

-

BINTULU: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Bintulu melaksanak­an program ibadah korban dan akikah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kelmarin.

Program anjuran Persatuan Kebajikan Islam (PROTEM) Bintulu itu diadakan selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha di kawasan lapang kuarters kerajaan di sini.

Unit Perhubunga­n Awam JTS Bintulu berkata, program berkenaan julung kali diadakan selama tempoh 13 tahun persatuan itu ditubuhkan sejak 19 Mac 2007.

Katanya, beberapa program lain pernah dilaksanak­an sebelum ini seperti ceramah agama, tahlil, perarakan Maulidur Rasul dan solat sunat terawih berjemaah bersama anak-anak yatim.

Dalam perkembang­an berkaitan, sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbanka­n dalam program tersebut bermula jam 9 pagi.

Jelasnya, seramai 40 ahli PROTEM hadir dengan mematuhi Garis Panduan Pelaksanaa­n Ibadah Korban Negeri Sarawak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikeluarka­n Majlis Islam Sarawak (MIS).

“Program ini bermula dengan bacaan doa selamat oleh Penguasa JTS Bintulu Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee seterusnya ucapan ringkas sebelum ibadah korban dimulakan,” kata Protem dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, seramai 130 penerima terdiri daripada ibu tunggal, fakir miskin dan golongan asnaf, mereka yang berkelayak­an serta warga kerja JTS Bintulu hadir menerima agihan daging korban selaras dengan hukum korban dan sembelihan dikeluarka­n MIS.

Selain itu, daging korban juga diagihkan di kawasan dikenal pasti antaranya di Kampung Jepak, Kampung Jabai, Kampung Baru, Kampung Sebiew serta sekitar kawasan Bintulu.

Tambahnya, pengurusan PROTEM dan warga JTS Bintulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada JTS Mukah dan mereka menyertai serta menjayakan program tersebut.

“Tidak ketinggala­n kepada ahli jawatankua­sa petugas terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan ibadah korban ini sekali gus mendoakan sumbangan dan amalan baik ini mendapat keberkatan,” katanya.

 ??  ?? KERJASAMA: Ahli-ahli PROTEM dan JTS Bintulu bekerjasam­a menyempurn­a ibadah korban dan akikah sambil turut merakam kenangan.
KERJASAMA: Ahli-ahli PROTEM dan JTS Bintulu bekerjasam­a menyempurn­a ibadah korban dan akikah sambil turut merakam kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia