Utusan Borneo (Sabah)

Hari Raya Aidiladha disambut secara sederhana di Sri Aman

-

SRI AMAN: Dalam negara masih lagi berdepan dengan penularan wabak COVID19, sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan umat Islam di seluruh dunia diraikan dengan penuh kesederhan­aan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Tinjauan Utusan Borneo di Sri Aman semalam mendapati umat Islam meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesederhan­aan dan dalam keadaan berhatihat­i tatkala dunia masih lagi berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

Shahmizal Razmi dari Kampung Hilir, Sri Aman ketika ditemui Utusan Borneo berkata, pada sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini keluargany­a meraikan perayaan ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Menurutnya, pada hari raya sebelum ini, ahli keluargany­a biasanya akan berkumpul secara beramai-ramai dalam keadaan norma biasa dan berbeza pada tahun ini dengan norma baharu dengan mengamalka­n penjarakan fizikal mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Agak rasa kelainan dan perbezaan pada tahun ini, bagaimanap­un, kami rasa bersyukur kerana dapat berkumpul bersama dengan jumlah yang terhad dan tidak melebihi 20 orang dalam sebuah rumah seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.

“Oleh kerana negara kita masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19, masyarakat tidak seharusnya alpa atau selesa pada masa sekarang kerana wabak ini masih lagi menular,” ujarnya.

Katanya, masyarakat juga harus patuh dengan arahan yang ditetapkan kerajaan dalam bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, keluargany­a juga telah terbiasa dengan norma baharu yang telah ditetapkan kerajaan selain melakukan penjarakan sosial antara satu sama lain serta menggunaka­n penutup hidung dan mulut pada setiap masa.

“Bagi keluarga kami, perkara ini telah menjadi rutin harian sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lalu sehingga kini, semua ahli keluaga kami sentiasa bersama dengan penutup hidung dan mulut dan sentiasa berbekalka­n cecair pembasmi kuman,” katanya.

 ??  ?? NORMA BAHARU: Shahmizal (duduk, kanan) bersama ahli keluargany­a semasa sambutan Hari Raya Aidiladha dengan norma baharu di kediamanny­a di Kampung Hilir, Sri Aman semasa dikunjungi Wartawan Utusan Borneo semalam.
NORMA BAHARU: Shahmizal (duduk, kanan) bersama ahli keluargany­a semasa sambutan Hari Raya Aidiladha dengan norma baharu di kediamanny­a di Kampung Hilir, Sri Aman semasa dikunjungi Wartawan Utusan Borneo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia