Utusan Borneo (Sabah)

Pematuhan pemakaian pelitup muka semakin meningkat

Tinjauan di beberapa pusat tumpuan mendapati orang ramai patuhi arahan wajib pemakaian pelitup muka

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Tahap pematuhan pemakaian pelitup muka di tempat awam dilihat semakin meningkat dan diterima baik oleh masyarakat di bandar raya ini.

“Kita lihat sekarang ini kes COVID-19 semakin meningkat. Maka itu, kita perlu berhati-hati dan sentiasa gunakan pelitup muka ketika berada di tempat umum kerana kita tidak tahu virus itu ” di mana. Nuradila Jenpie Abdullah Penjawat awam

Tinjauan Utusan Borneo di beberapa pusat tumpuan seperti Plaza Merdeka, Emart Matang dan sekitar perhentian bas dan van di Saujana di sini, mendapati orang ramai nampaknya sudah mematuhi arahan wajib pemakaian pelitup muka.

Seorang penjawat awam, Nuradila Jenpie Abdullah, 43, berkata, kepatuhan orang ramai menggunaka­n pelitup muka ketika berada di tempat awam kini semakin bagus.

Menurutnya, tindakan mewajibkan pemakaian pelitup muka sangat wajar dilaksanak­an dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

“Kita lihat sekarang ini kes COVID-19 semakin meningkat. Maka itu, kita perlu berhati-hati dan sentiasa gunakan pelitup muka ketika berada di tempat umum kerana kita tidak tahu virus itu di mana,” katanya semalam.

Beliau berharap semua masyarakat di negara ini akan bersama-sama membantu kerajaan memerangi COVID-19 dengan lebih berdisipli­n dan sentiasa menggunaka­n pelitup muka demi melindungi diri dan keluarga.

“Saya juga sentiasa pastikan ketujuh-tujuh anak saya yang masih bersekolah dibekalkan dengan pelitup muka dan pensanitas­i tangan selain menasihati mereka untuk mengamalka­n penjarakan fizikal,” katanya.

Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsan Siburan, Farlisa Salleh, 36, berkata dia bersyukur kerana mendapati ramai orang sudah mula akur dan patuh kepada penggunaan pelitup muka.

“Semasa pergi ke pusat beli-belah ini (Plaza Merdeka) saya lihat ramai orang memakai pelitup muka.

“Ini merupakan perkara yang amat baik kerana dapat menjamin keselamata­n diri sendiri dan orang sekeliling terutama kanak-kanak dan orang tua,” katanya.

Ditanya kerelevana­n kadar denda RM1,000 yang dikenakan kepada sesiapa yang gagal mematuhi arahan wajib pemakaian pelitup muka, Farlisa bagaimanap­un menganggap denda itu terlalu tinggi.

“Bagi yang ada duit dan berkemampu­an mungkin boleh bayar tetapi kalau daripada keluarga susah sudah tentu tidak mampu membayar denda dan akhirnya menyebabka­n penjara sesak dengan pesalah ini,” ujarnya.

Berlainan pula dengan pendapat Khairulddi­n Wahab, 29 dari Taman Malihah yang bersetuju dengan tindakan kerajaan mengenakan kadar denda RM1,000 kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka ketika di khalayak ramai.

Menurutnya, langkah itu memang berbaloi untuk mendisipli­nkan rakyat yang ingkar arahan dengan tidak mengendahk­an prosedur operasi standard (SOP) ketika di tempat awam.

“Bagi saya tidak ada masalah jika peraturan denda RM1,000 kepada mereka yang melanggar peraturan dilaksanak­an demi keselamata­n dan kesihatan semua rakyat, apatah lagi Kuching kini diisytihar­kan Zon Merah.

“Saya harap dengan adanya arahan ini tiada lagi masyarakat berdegil dan mengambil isu COVID-19 lebih serius,” ujarnya yang bekeja sebagai seorang pengawal keselamata­n di sebuah syarikat terkemuka.

Sementara itu, Carlos Abu, 19 dari Kampung Siol Kandis berkata, dia menyambut baik arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka.

“Diharapkan peraturan ini akan dapat mengubah sikap tidak peduli dalam mendisipli­nkan masyarakat secara keseluruha­nnya sekali gus menghentik­an rantaian penularan COVID-19,” katanya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n mulai 1 Ogos, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkut­an awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.

Kegagalan mematuhi peraturan baharu itu boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

 ??  ?? WAJIB: Kelihatan orang ramai yang menggunaka­n pengangkut­an awam memakai pelitup muka semasa tinjauan di sekitar perhentian bas dan van di Saujana.
WAJIB: Kelihatan orang ramai yang menggunaka­n pengangkut­an awam memakai pelitup muka semasa tinjauan di sekitar perhentian bas dan van di Saujana.
 ??  ?? KEMESTIAN: Orang ramai mematuhi arahan wajib pemakaian pelitup muka ketika membeli-belah di Emart Matang.
KEMESTIAN: Orang ramai mematuhi arahan wajib pemakaian pelitup muka ketika membeli-belah di Emart Matang.
 ??  ?? PATUH: Orang ramai memakai pelitup muka ketika tinjauan di Plaza Merdeka semalam.
PATUH: Orang ramai memakai pelitup muka ketika tinjauan di Plaza Merdeka semalam.
 ??  ?? CARLOS
CARLOS
 ??  ?? FARLISA
FARLISA
 ??  ?? KHAIRULDDI­N
KHAIRULDDI­N
 ??  ?? NURADILA
NURADILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia