Utusan Borneo (Sabah)

Unjuran Bank Dunia, IMF papar keyakinan pelabur kian pulih

Ia hanya mampu dicapai sekiranya semua usaha dilakukan sekarang

-

KUALA PILAH: Unjuran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 turut menggambar­kan bahawa keyakinan pelabur terhadap negara ini sudah kian pulih.

Bagaimanap­un, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, ini hanya mampu dicapai sekiranya semua usaha termasuk menggerakk­an ekonomi dilakukan sekarang.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan telah menggesa supaya kalangan penggiat industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memulakan semula aktiviti masing-masing.

“Itu adalah unjuran Bank Dunia dan IMF tetapi saya perlu tegaskan di sini bahawa ia boleh dicapai dengan syarat kita memulakan semula ekonomi itu daripada sekarang. Naratifnya bukan mengenai usaha menakutkan pelabur, sebaliknya (bagaimana) untuk memulihkan semula keyakinan mereka...kita tidak perlu takuttakut­kan orang.

“Unjuran Bank Dunia dan IMF itu menggambar­kan keyakinan pelabur sudah mula pulih, jika tidak kita tidak mungkin dapat mencapai angka sedemikian. Apa yang penting, usaha itu perlu dimulakan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara bersempena Aidiladha di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Mengulas selanjutny­a, Mohamed Azmin berkata maklumat yang diterima juga menunjukka­n sebahagian besar sektor ekonomi negara sudah mula beroperasi dengan hanya beberapa isu perlu diselesaik­an seperti kemasukan ekspatriat atau pegawai dagang asing ke Malaysia.

“Saya percaya apabila aktiviti (ekonomi) sudah bermula, kebergantu­ngan sektor berkenaan terhadap insentif kerajaan akan turut berkuranga­n...namun mereka masih memerlukan sokongan kita seperti penglibata­n mereka dengan pihak bank,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata siri jelajah membabitka­n kesemua anggota kabinet bagi menerangka­n dasar-dasar kerajaan yang telah dan akan dilaksanak­an, sedang giat dijalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Jelajah ini juga bagi mendapatka­n maklum balas dalam kalangan pemegang

“Itu adalah unjuran Bank Dunia dan IMF tetapi saya perlu tegaskan di sini bahawa ia boleh dicapai dengan syarat kita memulakan semula ekonomi itu daripada sekarang. Naratifnya bukan mengenai usaha menakutkan pelabur, sebaliknya (bagaimana) untuk memulihkan semula keyakinan mereka... ” kita tidak perlu takut-takutkan orang.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

taruh, rakyat, persatuan industri termasuk peniaga kecil mengenai cabaran semasa dan selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya juga sudah turun ke Johor, Melaka dan hari ini (semalam) di Negeri Sembilan. Esok (hari ini) saya akan ke Pulau Pinang dan Kedah,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata 83 peratus daripada industri perumahan telah bergerak semula yang menjana aktiviti membabitka­n 146 rangkaian produk di bawah sektor tersebut.

“Ini satu petanda baik kerana aktiviti itu masih dapat dijalankan walaupun memakan masa akibat penularan COVID-19 serta pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KETERANGAN: Mohamed Azmin (dua kiri) mendengar penerangan daripada Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Nazree Yunus (dua kanan) pada Program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan di Laman D’Permai, Juasseh, Kuala Pilah semalam. Turut hadir, Zuraida (kanan).
— Gambar Bernama KETERANGAN: Mohamed Azmin (dua kiri) mendengar penerangan daripada Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Nazree Yunus (dua kanan) pada Program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan di Laman D’Permai, Juasseh, Kuala Pilah semalam. Turut hadir, Zuraida (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia