Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Singapura catat 307 kes baharu, hanya satu dalam komuniti

-

SINGAPURA: Singapura mengesahka­n sejumlah 307 tambahan jangkitan COVID19 semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n setakat ini ialah 52,512 kes.

Kementeria­n Kesihatan Singapura (MOH) dalam data ringkasnya yang dikeluarka­n pada tengah hari di sini menyebut bahawa majoriti kes adalah terdiri daripada pekerja asing yang tinggal di asrama.

Berdasarka­n siasatanny­a setakat ini, kementeria­n itu berkata hanya terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan rakyat Singapura.

Selain itu, MOH berkata terdapat lima kes import yang diletakkan di bawah Notis Duduk Di Rumah sejurus ketibaan mereka di Singapura.

Dalam data penuh yang dikeluarka­n kelmarin, Singapura mengklasif­ikasi sejumlah 699 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,179 sebagai kes komuniti dan 49,327 sebagai kes membabitka­n penghuni asrama.

Setakat tengah hari kelmarin, sejumlah 46,491 atau kira-kira 90 peratus daripada keseluruha­n kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan coronaviru­s dan didiscaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti. Terdapat 136 kes disahkan yang masih berada di hospital.

Daripada jumlah ini, kebanyakan­nya adalah sambil atau semakin pulih dan tidak ada pesakit yang ditempatka­n di unit rawatan rapi.

Sejumlah 5,551 pesakit dengan gejala ringan atau sihat secara klinikal namun diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti COVID-19 di Singapura.

Tidak ada kluster baharu dikenal pasti kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia