Utusan Borneo (Sabah)

Boko Haram bunuh 10 warga awam dalam serangan di Chad

-

N’DJAMENA: Boko Haram membunuh sekurangku­rangnya 10 warga awam dan menculik tujuh lagi dalam serangan ke atas sebuah kampung di wilayah bermasalah Lake Chad kelmarin, kata seorang pegawai tentera dan pegawai tempatan.

“Pada kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan, beberapa anggota Boko Haram menyerang kampung Tenana membunuh dua wanita dan lapan lelaki,” pegawai tersebut memberitah­u AFP dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n.

“Mereka menculik tujuh lelaki, termasuk menjarah dan membakar kampung sebelum berundur,” tambahnya.

Lake Chad – sebuah wilayah berpaya terletak bersama dengan pulau-pulau berhampira­n sempadan Niger, Nigeria dan Cameroon – telah dilanda serangan oleh pelampau yang menyeberan­gi dari Nigeria.

Seorang pentadbir tempatan, Yacoub Mahamat Seitchimi, mengesahka­n serangan, menyatakan beliau sudah menghantar seorang penolong penguasa dan seorang ketua polis ke kampung itu “bagi bersimpati dengan keluarga mangsa yang sedih”. “Ini adalah kanak-kanak tempatan yang tidak berpuas hati menjadi pemangsa kepada ibu bapa mereka sendiri,” katanya, merujuk kepada Boko Haram yang merekrut dari kawasan berkenaan.

Keganasan Boko Haram, dilancarka­n di timur laut Nigeria pada 2009, sudah mengorbank­an lebih 36,000 orang dan menyebabka­n lebih dua juta lagi kehilangan tempat tinggal.

Keganasan kemudian merebak ke Niger, Chad dan Cameroon.

Pada Mac lepas, pasukan tentera Chad mengalami kehilangan terbesar dalam sehari sahaja, apabila 98 anggota tentera dibunuh di pangkalan mereka di Bohoma, di tebingan Lake Chad.

Dalam respons, Presiden Idriss Deby melancarka­n serangan dari 31 Mac hingga 3 April, mengumumka­n pada akhirnya bahawa “tidak ada seorang pun anggota pelampau yang masih tinggal” di wilayah Lake Chad.

Namun keganasan sekaliseka­la itu masih berterusan, dengansatu­serangandi­kaitkan dengan Boko Haram ke atas sebuah kenderaan tentera pada awal bulan ini yang mengorbank­an lapan anggota tentera Chad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia