Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan semasa latihan rutin, seorang maut, tujuh selamat, lapan masih hilang Kenderaan amfibia Marin AS karam di laut

- — Gambar AFP

LOS ANGELES: Lapan kakitangan tentera masih hilang di laut kelmarin hampir seharian selepas sebuah kenderaan serangan amfibia Marin Amerika Syarikat (AS) karam di perairan dalam di luar pantai California semasa sesi latihan.

Pegawai di Camp Pendleton di selatan California berkata salah seorang daripada lapan anggota Marin yang diselamatk­an dalam kemalangan di luar pantai San Clemente Island telah disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital sementara dua lagi masih ditempatka­n di unit rawatan rapi.

Nasib tujuh anggota Marin lagi dan seorang kelasi masih belum diketahui hampir 24 jam selepas kemalangan ketika operasi menyelamat melibatkan beberapa pesawat dan bot diteruskan, kata Leftenan Jeneral Joseph Osterman.

Kemalangan itu berlaku semasa latihan rutin oleh 15th Marine Expedition­ary Unit di kawasan San Clemente Island, di Lautan Pasifik kira-kira 65 batu di barat San Diego.

Kenderaan tersebut, yang berada lebih 1,000 meter di luar pantai barat laut pulau berkenaan, dilaporkan telah dimasuki air pada kira-kira jam 5.45 petang Khamis lepas.

Terdapat 16 orang berada dalam kenderaan, yang berperisai dan bertujuan untuk membawa pasukan tentera dari sebuah kapal ke tepi pantai.

Pada masa itu, mereka sedang pulang ke kapal mereka dari pulau, yang digunakan secara eksklusif oleh pihak tentera bagi tujuan latihan dan sebagai satu lapangan menembak dari kapal ke pantai.

“Ketika AAV mula dimasuki air mereka telah memberikan isyarat kepada unit yang lain” bahawa mereka sedang mengalami masalah, kata Osterman.

Dua AAV lain dan sebuah bot keselamata­n yang mengiringi mereka telah segera datang untuk membantu, menyelamat­kan lapan orang.

Masih belum diketahui berapa ramai lagi, yang membawa peralatan berat namun mempunyai alat pelindung nyawa, keluar dari kenderaan seberat 26 tan itu atau mungkin terperangk­ap di dalamnya.

Ia telah karam di air sedalam beberapa ratus kaki, kata Osterman, terlalu dalam bagi penyelam biasa untuk menghampir­inya.

“Jangkaan adalah ia telah berada jauh di dasar laut,” tambah beliau.

“Insiden tragik ini sangat dikesali dan diawasi secara menyeluruh,” kata Setiausaha Pertahanan Mark Esper dalam ciapan di Twitter.

“Tolong sertakan para Marin, kelasi dan keluarga mereka dalam doa anda semua ketika usaha pencarian diteruskan.”

 ??  ?? SESI LATIHAN: Gambar fail serahan Marin AS menunjukka­n kenderaan serangan amfibia (kanan) semasa sesi latihan di Lautan Atlantik pada 15 Jun, 2018.
SESI LATIHAN: Gambar fail serahan Marin AS menunjukka­n kenderaan serangan amfibia (kanan) semasa sesi latihan di Lautan Atlantik pada 15 Jun, 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia