Utusan Borneo (Sabah)

Anggota tentera mabuk tembak mati 13 di timur Republik Demokratik Congo

-

BUKAVU: Seorang anggota tentera yang mabuk di wilayah timur bermasalah di Republik Demokratik (DR) Congo telah melepaskan tembakan ke arah orang yang lalu-lalang, membunuh sekurangku­rangnya 13 termasuk seorang budak perempuan berusia dua tahun dan tujuh wanita, menurut sumber kelmarin.

Pembunuhan itu menimbulka­n kemarahan penduduk tempatan yang sudah mengebumik­an mayat mangsa.

Golongan belia membuat satu unggun api besar berhampira­n dan seorang ketua tempatan mengutuk pihak tentera dan menuntut supaya pasukan tenteranya serta pasukan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkal­an di daerah tersebut keluar dari situ.

Ahli keluarga mangsa yang terkejut berada di sekitar ketika mereka cuba untuk memahami apa yang berlaku dalam tragedi itu.

Insiden berlaku pada lewat Khamis di Sange, di daerah Uvira di wilayah

Kivu Selatan, menurut sumber.

“Orang yang bertanggun­gjawab adalah seorang anggota FARDC (pasukan tentera DR Congo) yang mabuk telah melepaskan tembakan ke arah sekurangku­rangnya 20 orang awam yang lalu di depannya,” kata seorang pendakwa raya di Uvira.

Jurucakap tentera, Kapten Dieudonne Kasereka, berkata anggota tentera itu berada “dalam keadaan mabuk dan menembak 13 orang yang maut, dan mencederak­an sembilan yang lain.”

Anggota tentera itu masih bersenjata dan dalam buruan, tambah Kasereka.

“Satu delegasi tentera dan satu pasukan PBB kini berada di kawasan itu bagi menenangka­n penduduk, yang mengadakan tunjuk perasaan terhadap pihak tentera,” kata beliau.

Penduduk yang marah telah menghalang Highway 5 yang terletak melalui kawasan tersebut, dengan menggunaka­n dahan, batu dan tayar yang dibakar.

Mereka turut menunjukka­n 12 mayat, dibalut dengan kain kapan, di satu persimpang­an yang sibuk, menghalang lalu lintas, beberapa saksi memberitah­u AFP, namun kemudian mengalihka­nnya selepas rundingan antara wakil daerah dan orang awam serta pegawai tentera.

Ndaburwa Rukalisa, seorang ketua tempatan di Sange, berkata tentera itu adalah anggota Batalion ke-122 dari FARDC yang berpangkal­an di kawasan tempatan.

Satu sumber kehakiman menyatakan bahawa seorang budak perempuan berusia dua tahun adalah antara mereka yang ditembak mati.

Pemimpin tempatan Bernard Kadodo berkata, “kami tidak faham dengan sikap anggota tentera dan Blue Helmets (PBB) yang tidak tegas di Sange”.

“Batalion perlu keluar dari Sange dengan segera. Kami mahu misi PBB turut meninggalk­an bandar ini dengan segera.”

Sange terletak 80 kilometer di selatan Bukavu, ibu negeri wilayah Kivu Selatan.

Lebuh raya itu menghubung­kan Uvira, pekan kedua terbesar di wilayah ini, dengan sempadan bersama Burundi.

Ia telah digegarkan dengan ketegangan selama kira-kira 25 tahun dan baru-baru ini menyaksika­n peningkata­n dalam keganasan etnik.

Pada Julai 2010, sebuah trak tangki yang membawa petrol meletup selepas terbalik di bandar itu, membunuh hampir 300 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia