Utusan Borneo (Sabah)

Penyiasat Rusia dakwa balu bunuh penyanyi rap

-

SAINT PETERSBURG: Penyiasat Rusia kelmarin mendakwa balu seorang penyanyi rap bagi pembunuhan­nya selepas menemui mayatnya yang sudah dipotong.

Penyiasat berkata mereka menemui cebisan mayat penyanyi rap Ukraine Alexander Yushko, yang membuat persembaha­n dengan nama pentas Andy Cartwright, di dalam sebuah flat di bandar barat laut Saint Petersburg pada Rabu lepas.

Jawatankua­sa Siasatan, yang menyiasat jenayah utama, menyatakan bahagian kepala menyerupai sekeping gambar pasport mangsa.

“Isteri mangsa sudah ditangkap. Dia sekarang telah didakwa,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa dakwaan itu bagi pembunuhan.

Perkhidmat­an media bagi cawangan Jawatankua­sa Siasatan di Saint Petersburg mengesahka­n kepada AFP kenyataan tersebut, yang tidak menyebut nama, merujuk kepada balu penyanyi rap berkenaan, Marina Kokhal.

Kokhal mendakwa dia mengerat mayat penyanyi rap itu yang meninggal dunia akibat pengambila­n dadah berlebihan dos kerana dia mahu melindungi reputasi mangsa, lapor media tempatan, memetik sumber rapat dengan siasatan. Dia menghubung­i polis beberapa hari kemudian.

Penyiasat berkata pasangan tersebut telah bertengkar dan isteri penyanyi rap itu menyebabka­n kematianny­a “dalam cara yang tidak dipastikan”.

“Kemudian bagi mengaburi kesan jenayah, wanita itu memotong mayat mangsa kepada beberapa bahagian berasingan dengan tujuan akan memusnahka­nnya kemudian,” kata penyiasat.

Rangkaian TV REN melaporkan bahawa ujian awal mendapati tiada kesan dadah di dalam badan penyanyi rap tersebut.

Penghibur berusia 31 tahun itu telah menyertai pertanding­an rap di bandar yang dianjurkan oleh sebuah organisasi bernama Versus Battle.

Organisasi itu di laman sesawangny­a menggelar beliau sebagai seorang “penghibur rap ‘undergroun­d’ Ukraine” dikenali dengan “ritma yang kompleks dan metafora yang jelas”.

Beliau sering muncul di Instagram, yang terkini dengan imej bisep bertatu. Laman sesawang berita tempatan Fontanka.ru melaporkan bahawa balu beliau terus mengemaski­nikan media sosialnya selepas kematianny­a.

Bekas ibu kota ‘tsarist’ terkenal dengan galeri seni dan balet baru-baru ini turut digegarkan dengan satu lagi jenayah yang mengerikan.

Seorang sejarahwan terkenal yang mengajar di salah sebuah universiti di bandar, Oleg Sokolov, kini dalam perbicaraa­n kerana membunuh kekasihnya yang muda dan mengerat mayatnya.

Dia ditangkap pada tahun lepas selepas dibawa keluar dari sebatang sungai yang membeku dalam keadaan mabuk sambil membawa beg galas yang mengandung­i tangan wanita tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia