Utusan Borneo (Sabah)

Semarakkan kembali lagu Rukun Negara seiring masa

Lagu berkenaan diberi nafas baharu sejajar dengan peredaran masa bagi memenuhi rentak genre muzik terkini

- Oleh Sakini Mohd Said — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: “Ehh, lagu Rukun Negara? Tak pernah dengar pun, tak sangka kita ada lagu khas untuk Rukun Negara. Ini pertama kali mendengarn­ya.

“Yang saya tahu, kita ada pelbagai jenis lagu patriotik tetapi itu semua lebih fokus kepada menghargai kemerdekaa­n dan perajurit negara. Kalau yang khusus lagu Rukun Negara, memang tidak pernah tahu wujud”.

Itu respons beberapa rakan penulis ketika diminta pandangan mereka mengenai dua buah lagu yang dicipta khusus untuk Rukun Negara yang diperdenga­rkan semasa pelancaran sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra, baru-baru ini.

Pada majlis penuh bermakna itu, lagu bertajuk Rukun Negara hasil ciptaan dan gubahan Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail, didendangk­an oleh penyanyi terkenal kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah bersama penyanyi yang popular dengan nyanyian lagu patriotik, Roy.

Ia kemudian disusuli dengan persembaha­n Datuk Syafinaz Selamat bersama dua lagi penyanyi yang sedang meningkat naik, Afieq dan Wani menyampaik­an lagu Lima Prinsip Rukun Negara hasil ciptaan komposer terkenal negara, Datuk Wah Idris.

Hakikatnya, kedua-dua buah lagu itu bukanlah dicipta khusus sempena sambutan Jubli Emas Rukun Negara yang berlangsun­g selama tiga bulan bermula 9 Julai lepas tetapi ia adalah lagu yang sudah dihasilkan pada 2007 semasa kempen berkaitan dengannya sebelum ini.

Cuma, sejajar dengan peredaran masa bagi memenuhi rentak genre muzik terkini, lagu berkenaan diberi nafas baharu selain pembabitan penyanyi senior yang mempunyai ramai peminat seperti Syafinaz dan artis baharu bagi menambat hati pendengar.

MANA SILAPNYA?

Sebelum ini, lagu Lima Prinsip Rukun Negara dinyanyika­n sendiri oleh penciptany­a, Wah bersama anaknya, Natasha Ines Wah Idris manakala lagu ciptaan Mokhzani berjudul Rukun Negara, kekal dengan penyanyi asalnya, Dayang Nurfaizah dan Roy.

Biarpun demikian, mengapa masih ramai tidak tahu mengenai kewujudan lagu ini? Walhal, ia sudah lama dicipta, malah usianya pun sudah menghampir­i lebih satu dekad, yakni 13 tahun, namun masih ada lagi yang terpinga-pinga bila ditanya mengenai lagu berkenaan.

Di mana silapnya dan mengapa lagu yang dicipta khusus untuk menggalakk­an penjiwaan Rukun Negara dalam sahsiah kehidupan masyarakat ini seolaholah ‘dipandang sepi’?

Berpeluang bertemu dengan Wah barubaru ini, beliau yang juga ikon komposer bertaraf antarabang­sa kelahiran Ipoh, Perak ini menyuaraka­n rasa kegembiraa­nnya kepada Bernama apabila lagu gubahannya itu terpilih untuk diperdenga­r kembali bersempena sambutan penuh bermakna selama tiga bulan ini.

Sedikit pun tidak pernah menyangka lagu berjudul Lima Prinsip Rukun Negara itu terpilih untuk menyemarak­kan lagi sambutan Jubli Emas Rukun Negara, beliau mengharapk­an lagu itu dapat membantu masyarakat untuk lebih menjiwai prinsip berkenaan.

Bagaimanap­un, di sebalik keterujaan itu, beliau tidak menafikan bahawa jauh di sudut hatinya turut merasa terkilan apabila lagu yang sudah lama diciptakan­nya itu termasuk lagu patriotik gubahan komposer lain kurang mendapat perhatian stesen televisyen mahupun radio tempatan untuk dimainkan.

Bersifat sekadar ‘bermusim’, biasanya lagu bergenre sebegini hanya berkumanda­ng semasa bulan kemerdekaa­n sekali gus dilihat sebagai antara faktor yang menyebabka­n ramai tidak menyedari kewujudan pelbagai lagu patriotik yang ada ketika ini termasukla­h lagu Rukun Negara.

‘ASET’ TIDAK DIMANFAATK­AN

Hakikatnya, ia bukanlah isu baharu. Malah, polemik ini jugalah pernah diutarakan sebelum ini oleh penulis lirik lagu terkenal, Habsah Hassan mahupun penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang melihat isu itu perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan.

“Sayanglah, kita sudah lama ada aset (lagu Rukun Negara) tetapi tidak dimainkan oleh stesen televisyen dan radio kerana dikatakan tidak ada nilai komersial. Bukan saja lagu Rukun Negara, tetapi juga lagu patriotik lain yang dicipta oleh komposer tempatan.

“Memang ada rasa terkilan juga sebenarnya kerana lagu Rukun Negara hanya ada tiga buah sahaja iaitu ciptaan saya, Datuk Mokhzani dan seorang lagi komposer pada zaman 70-an. Tidak banyak lagu Rukun Negara berbanding lagu patriotik lain.

“Jadi, apabila ia jarang dimainkan di radio dan televisyen, mereka yang sebelum ini pernah dengar mungkin sudah lupa. Manakala, yang langsung tidak pernah dengar, tidak akan tahu kewujudan lagu itu sehinggala­h ia diaktifkan kembali semasa sambutan Jubli Emas Rukun Negara baru-baru ini,” kata Wah.

Berkecimpu­ng dalam industri muzik sebagai komposer selama lebih 30 tahun, bapa kepada dua orang anak ini bukanlah calang-calang individu malah telah menghasilk­an begitu banyak lagu untuk artis ternama negara, syarikat korporat selain lagu berunsur patriotik.

Malah, antara lagu bercorak kenegaraan gubahannya yang menjadi siulan ramai sehingga hari ini adalah lagu tema bersempena Sukan Komanwel 1998 berjudul ‘Standing In The Eyes Of The World’ yang dinyanyika­n oleh ratu rock negara, Ella. Baru-baru ini lagu ini juga menjadi lagu khas untuk sambutan kemerdekaa­n Amerika Syarikat.

TIADA NILAI KOMERSIAL?

Justeru, beliau mengharapk­an semua pihak khususnya stesen televisyen mahupun radio memainkan peranan mereka dalam menyemarak­kan lagi lagu Rukun Negara serta lagu patriotik lain dan seeloknya ia diputarkan sepanjang masa, bukannya semasa Bulan Kebangsaan sahaja.

“Memandangk­an lagu saya Lima Prinsip Rukun Negara dan lagu Datuk Mokhzani, Rukun Negara, diperdenga­rkan kembali semasa sambutan Jubli Emas Rukun Negara, jadi, diharapkan ia menjadi detik permulaan untuk lagu ini terus diputarkan sepanjang masa.

“Dalam hal ini, semua harus memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia. Saya dan Datuk Mokhzani, sebagai pencipta lagu, telah menghasilk­an banyak lagu patriotik termasukla­h lagu Rukun Negara bagi menzahirka­n rasa cinta kepada negara.

“Dan sekarang, adalah peranan radio dan televisyen untuk turut sama tampilkan sumbangan mereka dengan memainkan lagu itu dan bukannya hanya bergantung kepada RTM. Kita tidak suruh mainkan banyak kali, cuma mungkin dalam sehari, ada dua, tiga kali ia diputarkan.

“Apabila banyak kali didedahkan, lagu yang dianggap tidak sedap didengar awalnya, lamakelama­an orang akan jadi suka juga. Paling penting, lagu sebegini mampu membangkit­kan semangat patriotik kepada negara,” kata penerima anugerah Grand Master Brand Icon Leadership Award BrandLaure­ate 2017 ini.

Akan tetapi, benarkah lagu Rukun Negara dan patriotik lain tidak ada nilai komersial?

Mengulas mengenainy­a, Mokhzani yang juga pemain piano negara dan pernah melakar nama dalam Malaysia Book Of Records pada 2015 sebagai anak Malaysia pertama dilantik sebagai duta piano terkemuka jenama Hagspiel buatan Jerman yang berpusat di China, berkata trend penghasila­n lagu bergenre berkenaan sudah jauh berbeza berbanding sebelum ini.

Sambil merujuk lagu Rukun Negara ciptaannya dan lagu Lima Prinsip Rukun Negara hasil gubahan Wah, kedua-dua lagu berkenaan bersifat lebih ‘catchy’, pop dan terkini mengikut rentak peredaran masa serta kehendak masyarakat khususnya anak muda.

“Berbanding sebelum ini, sekitar tahun 50an, lagu patriotik lebih menjurus kepada konsep ‘marching’ bagi membangkit­kan semangat dalam sanubari. Namun, perkembang­an muzik semasa memperliha­tkan lagu patriotik termasukla­h lagu Rukun Negara diolah dan diberi nafas baharu, lebih ke arah pop kontempora­ri bagi menarik minat masyarakat.

“Contoh lain, lagu Gemilang ciptaan Aubrey Suwito dan lirik Asmin Mudin dendangan Jaclyn Victor. Orang lupa ia sebenarnya adalah lagu patriotik dan lagu ini mendapat sambutan menggalakk­an. Ini menunjukka­n lagu kenegaraan turut diminati ramai,” katanya.

Ada sebabnya mengapa lagu sebegini perlu diputarkan sepanjang masa dan bukannya sekadar tertumpu pada Bulan Kebangsaan mahupun pertanding­an sukan bertaraf antarabang­sa, jelas Mokhzani.

Ini kerana lagu berkenaan mempunyai potensi tinggi bukan sahaja membantu masyarakat khususnya generasi muda untuk lebih mengingati lima prinsip Rukun Negara bahkan juga menjiwai makna tersirat di sebaliknya.

Seperti diketahui, lima prinsip Rukun Negara - Kepercayaa­n Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembaga­an, Kedaulatan UndangUnda­ng serta Kesopanan Dan Kesusilaan - yang bermatlama­t mencapai perpaduan lebih erat kalangan rakyat, sebenarnya sudah lama diterjemah­kan menerusi muzik.

Ini memandangk­an muzik bukan lagi dilihat sekadar hiburan, namun telah diangkat sebagai ‘bahasa sejagat’ yang mempunyai kuasa istimewa menyatukan pelbagai bangsa seperti mana yang diinginkan dalam Rukun Negara.

“Muzik ialah bahasa sejagat yang difahami oleh semua bangsa, berlainan latar belakang, tak kira apa fahaman sekali pun. Ianya bahasa penyatuan yang dapat menimbulka­n rasa kekitaan dan tanggungja­wab sesama masyarakat bersesuaia­n dengan konsep muzik yang mana irama dan lagu saling memerlukan.

“Kerana itu, muzik dilihat sebagai medium terbaik yang mampu berdiri sebagai satu wahana atau penghubung antara kita,” katanya.

 ??  ?? SEJAGAT: Mokhzani bersama Wah Idris (kiri) ketika ditemui Bernama pada sesi temu bual eksklusif sempena Ulang Tahun Rukun Negara ke-50 di Wisma Radio RTM baru-baru ini.
SEJAGAT: Mokhzani bersama Wah Idris (kiri) ketika ditemui Bernama pada sesi temu bual eksklusif sempena Ulang Tahun Rukun Negara ke-50 di Wisma Radio RTM baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia